Need for Speed: The Run

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Need for Speed: The Run
Fail:Needforspeedtheruncover.jpg
PembangunEA Black Box Sunting ini di Wikidata
PenerbitElectronic Arts Sunting ini di Wikidata
KomposerBrian Tyler Sunting ini di Wikidata
SiriNeed for Speed Sunting ini di Wikidata
EnjinFrostbite Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows
Xbox 360
PlayStation 3
Wii
Nintendo 3DS
Java ME
iOS (cancelled)[1]
Pelepasan
          GenrePermainan perlumbaan Sunting ini di Wikidata
          ModPemain tunggal
          Permainan video multipemain Sunting ini di Wikidata

          Need for Speed: The Run ialah permainan video berunsur perlumbaan yang ditujukan berbilang platform. Ia tajuk ke lapan-belas bagi siri utama Need for Speed, dibangunkan oleh EA Black Box dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Ia dilancarkan pada 15 November 2011 di Amerika Utara dan 18 November 2011 di Eropah. Permainan ini adalah permainan terakhir bagi syarikat pembangun Black Box sebelum digantikan dengan syarikat Criterion dalam pembikinan semula siri Most Wanted.

          Jalan Cerita[sunting | sunting sumber]

          Jalan cerita bagi platform PS3, PC dan Xbox 360

          Jack Rourke, seorang pelumba haram dan seorang mekanik, berhutang pada sekumpulan kongsi gelap untuk memulakan bisnesnya, tetapi tidak mampu menjelaskan hutangnya dan melarikan dirinya. Selepas ditangkap, ahli-ahli kongsi gelap tersebut menyaksikan kematian Jack pada pemusnah sampah di tempat besi buruk.

          Dia bergelut untuk melepaskan diri dan terus ke kereta yang ada didepan matanya sehinggalah seorang ahli tersebut perasan akan pelarian Jack. Jack berjaya melepaskan diri selepas berpisah dengan segerombolan ahli kongsi gelap dengan melintasi landasan kereta api sebelum berlanggar dengan kereta api itu.

          Jack meminta pertolongan Sam Harper, bekas teman wanitanya untuk mencadangkan cara penyelesaian Jack terhadap kumpulan kongsi gelap. Dengan menyertai satu perlumbaan misteri yang melibatkan satu negara yang dipanggil The Run, menjanjikan hadiah utama sebanyak 25 juta USD kepada pemenang. Dengan wang 250 ribu USD, hasil dari kutipan dia sewaktu dia berlumba dahulu untuk melayakan dirinya untuk menyertai perlumbaan tersebut.

          Satu demi satu lawan ditumbangkan, melepaskan diri dari segerombolan polis di Las Vegas, merintasi salji di Independence Pass, menyelamatkan diri dari hampir mati di Chicago dan sampai ke New York dengan kereta Eksotik, berkuasa yang diberi oleh Uri, salah satu karakter pembantu dalam The Run.

          Dalam perlumbaan terakhir menentang ketua kongsi gelap tersebut iaitu Marcus Blackwell, dengan Jack muncul sebagai pemenang selepas Marcus terlibat dalam kemalangan berhampiran dengan garisan penamat. Jack kembali ke Brooklyn untuk berjumpa dengan Sam, menyatakan dia sekarang sudah bebas dari ancaman kumpulan kongsi gelap dan bertanya jika dia hendak bekerja setelah Sam menerima satu panggilan telefon.

          Pada penamat permainan ini, pemain dapat melihat yang Jack pergi keluar bandar dengan menaiki Ford Mustang, Sam bertanya kemana dia hendak pergi, jawapannya tiada tempat yang ditujukan dan segerombolan polis Chicago datang memburunya.

          Senarai Watak[sunting | sunting sumber]

          Watak Utama

          • Jack Rourke: seorang pelumba haram dan seorang mekanik (dilakonkan oleh Sean Faris)
          • Sam Harper: bekas teman wanita Jack (dilakonkan oleh Christina Hendricks)
          • Marcus Blackwell: ketua kongsi gelap di San Francisco

          Musuh Jack

          • Nikki Blake dan Mila Belova, dua sekawan yang tinggal di Manhattan.
          • Cesar DeLeon dengan pimpinannya DeLeon Crew, memasuki perlumbaan ini untuk menaikan taraf hidupnya sekeluarga.
          • Calvin Garrett, bekas petinju di Atlantic City.
          • Eddie Cooke, seorang pelumba, dia memasuki The Run dengan harapan untuk dapat membayar penajanya untuk beraksi di litar lumba.

          Rujukan[sunting | sunting sumber]

          1. ^ "EA Mobile Cancelled Need for Speed: The Run - iPhone.PandaApp.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-10. Dicapai pada 2013-11-26.
          2. ^ a b "Need for Speed: The Run Adead". IGN. 2011-04-28. Dicapai pada 2011-06-06.
          3. ^ "Need for Speed: The Run Limited Edition for PlayStation 3". EBGames. Dicapai pada 2011-11-12.
          4. ^ "Need for Speed: The Run gets December 1 release in Japan". VG247. 2011-09-17. Dicapai pada 2011-11-12.