Nessie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nessie Judge
Foto Nessie Judge
Maklumat peribadi
KelahiranNasreen Anisputri Judge
(1993-10-30) 30 Oktober 1993 (umur 30)
WarganegaraIndonesia-Pakistan-Cina-Belanda
Pendidikan
  • Sekolah Menengah Pertama Springfield
  • Sekolah Bisnis Antarabangsa IPMI
Pekerjaan
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2012-sehingga kini
Genre
  • Misteri
  • Mistik
  • Pelancongan dan vlog
  • Sejarah
  • Penjenayah
  • Komedi
  • Muzik
Pelanggan10.2 juta
(2 Disember 2023)
Jumlah tontonan3.02 bilien
(10 Ogos 2023)
100,000 pelanggan
1,000,000 pelanggan
10,000,000 pelanggan
Dikemaskini pada 16 Ogos 2023

Nasreen Anisputri Judge atau dikenali dengan nama akaun Youtubenya Nessie Judge (lahir di Solo, 30 Oktober 1993; umur 30 tahun) ialah seorang pemvlog dan pempengaruh popular berkewarganegaraan Indonesia yang terkenal dengan konten-konten memuat naiknya yang berfokus pada kisah misteri dan kes penjenayah.

Kehidupan Pribadi[sunting | sunting sumber]

Nessie dilahirkan di Solo pada 30 Oktober 1993 dari pasangan Anis Judge (ayah) dan Bebbie Panwar (ibu). Sedangkan saudari-saudarinya adalah Noreen Judge, Nilover Judge, dan Nazneen Judge. Bersama seluruh keluarga, ia sempat tinggal beberapa bulan di Finland. Pada saat di Finland, ia telah menamatkan pendidikan sekolah dasarnya. Semasa kembali ke Indonesia, ia mula menyertai sekolah antarabangsa.

Nessie bersekolah di Sekolah Menengah Pertama Springfield School dan IPMI International Business School Jakarta dan mendapat gelaran Master of Administration Business atau MBA. Nessie fasih dalam berbahasa Inggris dan Finland.[1][2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ia pertama kali memuat naik video pertamanya pada tarikh 20 Juli 2013, yaitu vlog bertajuk Pulau Tidung Adventure dan kebanyakan muatan naik awalnya masih mengguna Bahasa Inggris. Pada konten-konten awalnya, ia berfokus pada konten tentang melancong berkeliling dunia sederum video-video bertema Indonesia. Videonya yang bertajuk "Where is Indonesia" ("Ada di mana Indonesia") menjadi muat naik dengan tayangan terbanyak pada masa bermulanya akaun YouTubenya. Ia juga memuat naik perjalanannya ke tempat-tempat pelancongan di Finland, Perancis, Itali, Singapura dan Jepang.[3]

Nessie berkongsi dengan tiga saudaranya dan pempengaruh YouTube terkenal lain dalam membina kontennya, semasa itu ia melakukan kongsi dengan: Bram Panji, Chandraliow, Ming Thing dan Aulion yang kini telah menjadi teman akrabnya. Ia juga sering ditemani dan dibantu oleh rakannya yang bernama Upi.

Akaun miliknya memulakan konten dengan tema misteri pada tarikh 17 Maret 2017 dengan tajuk pertama, "Chat History Terseram Di dunia" yang mendapat tayangan lebih dari 5 juta. Selepas tularnya video misteri yang pertama, ia lebih sering memuat naik video dengan tema misteri. Video misteri dan kes penjenayah Nessie telah beberapa kali menduduki peringkat puncak kepopularan YouTube. Dia membina sebuah tanda pagar bernama #NERROR (Nessie Horror) dan menjuluki pengagumnya sebagai Nerrorist.

pada 25 Mei 2018, Angka langganan akaun YouTubenya mencapai 1 juta dan rasmi mendapat anugerah Silver PlayButton. Pada tahun-tahun selepasnya ia mulai Ia mulai kadang-kadang membina video komedi dan kehidupan sehari-hari, bukan hanya sekedar tema berbau misteri.

Pada tahun 2021, memulakan konten audio siar perdananya di aplikasi Noice bersama dengan rekannya Upi dan memberikannya tajuk "The Night Ride" ("Aksi Malam Hari").[4] Pada 30 Oktober 2022, Jerome bersama Nessie Judge menerbitkan lagu yang bertajuk "Stay" ("Bersamaku") yang dinyanyikan oleh Nessie dengan bagian rap oleh Jerome sendiri.

Senarai main[sunting | sunting sumber]

Senarai main dan siri yang sering diunggah oleh Nessie Judge antara lain Nessie Horror (Nerror), Spooktober, Nessietravels, Nessievlogs, Reebut , NessieEnglish, Historytelling, MuSeMA (Murah, Sedang, Mahal), dan Nerror Takeover.

Kehidupan Peribadi[sunting | sunting sumber]

Nessie sempat berhubungan dekat dengan Bram Panji. Ia sering mengunggah kebersamaannya dengan Bram Panji di akaun YouTubenya. Bahkan Ia dan Bram Panji pernah membuat akaun YouTube istimewa hanya bagi mereka berdua sahaja. Ia mengasas hubungan bersama Bram Panji telah lama, namun pada tahun 2021 mereka sudah berpisah. Nessie Judge melampiaskan kekecewaannya dalam taip-taip Twitternya mengenai Bram Panji yang telah mencuranginya.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ma'rifah, Kurnia Fatchul (2023-02-19). "Profil dan Biodata Nessie Judge, Youtuber Indonesia Blasteran Pakistan dan Belanda - Quena". Profil dan Biodata Nessie Judge, Youtuber Indonesia Blasteran Pakistan dan Belanda - Quena (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-02.
  2. ^ "Profil Nessie Judge YouTuber Horor Sempat Trending Twitter Gegara Diselingkuhi Pacar". Tribunjateng.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-02.
  3. ^ Media, Kompas Cyber (2022-11-14). "Profil dan Biodata Nessie Judge, YouTuber Story Teller". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-02.
  4. ^ Media, Kompas Cyber (2022-04-13). "Nessie Judge Hadirkan Podcast A Night Ride di NOICE". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-02.
  5. ^ Okezone (2021-11-23). "YouTuber Nessie Judge Diselingkuhi, Netizen Sudah Curiga : Okezone Tren". https://www.okezone.com/ (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2023-12-02. External link in |website= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kelahiran 1993