Newsweek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Newsweek
Newsweek, 16 Jan 1950
Editor Jon Meacham (Edisi AS)
Fareed Zakaria (edisi antarabangsa)
Kategori Majalah berita
Kekerapan Mingguan
Pengedaran 1,972,219 (2009)
Penerbit Sidney Harman (setakat Ogos 2010)
Isu pertama 17 Februari 1933
Negara Amerika Syarikat
Bahasa Inggeris
Laman sesawang www.newsweek.com
Nombor ISSN 0028-9604

Newsweek merupakan majalah berita antarabangsa yang diterbitkan setiap minggu di Amerika Syarikat. Majalah ini kedua besar pasarannya selepas Time.

Ia terbit dalam bahasa Inggeris dan 12 bahasa lain seperti bahasa Jepun, bahasa Korea, Bahasa Poland, bahasa Rusia, Bahasa Sepanyol, bahasa Arab, dan bahasa Turki. Pada 2003, ia terjual lebih 4 juta naskhah. Kemudian menurun 2.7 naskhah dan 2010 hanya 1.5 naskhah sahaja. Kini terdapat 22 biro dengan pangkalan hadapan terletak di New York, Los Angeles, Chicago ,Detroit, Dallas, Miami, Washington Boston, San Francisco. Lsain-lain ialah di London, Paris, Berlin, Moscow, Jerusalem, Baghdad, Tokyo,Hong Kong, Beijing, Cape Town, Mexico City dan Buenos Aires.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penjualan[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2010, majalah Newsweek tidak lagi dapat bertahan kerana bersaing dengan internet dan majalah Time. Ia kerugian AS$28 juta (RM88.6 juta) 2009 dan perolehan iklan jatuh sebanyak 37 %.[1]

Oleh itu pemiliknya, The Washington Post Co akan menjual Newsweek kepada jutawan California, Sidney Harman. Syarikat Harman International Industries membekalkan audio kualiti tinggi Harman Kardon. Ketua Eksekutif Newsweek, Donald Graham berharap 325 orang kakitangan Newsweek dikekalkan. Namun ketua pengarangnya, Jon Meacham meletak jawatan. [2]

Pemberhentian edisi cetakan[sunting | sunting sumber]

Setelah penggabungan dengan sebuah akhbar dalam talian The Daily Beast, Newsweek mengumumkan pada Oktober 2012 untuk menghentikan edisi cetakannya dan berpindah ke format digital dengan cetakan terakhir bagi edisi Disember 2012[3]. Muka depan edisi cetakan terakhir (isu 31 Disember 2012), memaparkan bangunan yang pernah menempatkan pejabatnya dengan hashtag twitter "#LASTPRINTISSUE" di tertulis dengan warna merah putih. Ini secara simboliknya menandakan era cetakan Newsweek berakhir yang berusia 80 tahun.

"Pemindahan" Newsweek ke dunia digital menandakan bahawa edisi cetakan bagi majalah dan surat khabar tradisional tergugat dengan para pengiklan serta pembaca mula beralih kepada dunia web. Sejak tahun 2005, edaran Newsweek jatuh hampir separuh kepada lebih kurang 1.5 juta naskhah. Pengiklanan pula turut merosot lebih 80% membuatkannya ia mengalami kerugian besar[4]. Isu digital Newsweek dipanggil "Newsweek Global". Setiap isu akan dikenakan bayaran US$4.99, sama seperti edisi cetakannya dengan langganan tahunan dikenakan bayaran US$24.99.



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Newsweek 'sold for US$1'
  2. Newsweek dijual kepada jutawan California Utusan Malaysia
  3. "A Turn of the Page for Newsweek". The Daily Beast. 18 oktober 2012. Dicapai pada 26 Disember 2012. 
  4. "Turning a Page: Newsweek Ends Print Run". Wall Street Journal. 25 Disember 2012. Dicapai pada 26 Disember 2012.