Newton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Newton
Sistem unit unit terbitan SI
Unit bagi Daya
Simbol N 
Dinamakan sempena Sir Isaac Newton
Penukaran unit
1 N dalam ... ... adalah sama dengan ...
   Unit asas SI    1 kgms−2
   Sistem Graviti British    0.2248089 lbf

Newton, singkatan N, adalah unit SI bagi daya. Ia dinamakan sempena nama Sir Isaac Newton sebagai pengiktirafan kepada hasil kerjanya dalam mekanik klasik, terutamanya Hukum Gerakan Newton Kedua.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Satu daya newton adalah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua di arah yang sama dengan daya yang dikenakan.

Pada tahun 1946, resolusi kedua Persidangan Am Timbang dan Ukur (Jawi: ڤرسيدڠن عام تيمبڠ دان اوکور; Perancis: Conférence Générale des Poids et Mesures, CGPM) telah menyelaraskan unit daya dalam sistem unit meter-kilogram-saat ("sistem unit-unit MKS") menjadi jumlah daya yang diperlukan untuk menghalajukan 1 kilogram jisim pada kadar 1 meter per saat kuasa dua. Pada tahun 1948, resolusi ketujuh persidangan CGPM kesembilan menggunakan nama "newton" bagi daya ini.[1] Sistem MKS ini kemudiannya menjadi asas kepada sistem unit Système International atau Sistem Unit Antarabangsa pada hari ini. Unit newton juga menjadi unit standard bagi daya dalam sistem tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ International Bureau of Weights and Measures (1977), The international system of units (330-331) (edisi ketiga), U.S. Dept. of Commerce, National Bureau of Standards, m/s. 17, ISBN 0745649742 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.