Nguyen Du

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nguyen Du
Nguyen Du
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam: Nguyễn Du

Nguyen Du (17651820) adalah seorang penyair dan penulis vietnamese. Nguyễn Du dilahirkan pada tahun 1765 di Bich cau, Thang Long. Dia adalah seorang mandarin semasa Dinasti Nguyen. Beliau adalah terkenal dengan kisah Kieu, cerita gadis cantik yang menjual dirinya untuk menyelamatkan bapanya. Hari ini beliau masih dianggap sebagai simbol sastera vietnamese.

Nguyễn Du (chữ Hán: 阮攸; 1765–1820, nama pena Tố Như dan Thanh Hiên) merupakan penyair Vietnam yang mengarang Chữ Nôm, tskrip tulisan silam bagi Vietnam. Dia paling dikenali kerana menulis puisi epik Kisah Kieu.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Muda[sunting | sunting sumber]

Nguyễn Du dilahirkan pada tahun 1765 di Bích Câu, Thăng Long. Bapanya Nguyễn Nghiễm, dilahirkan di kampung Tiên Điền, Nghi Xuân, wilayah Ha Tinh, Vietnam. Dia merupakan anak ke tujuh pada Nguyễn Nghiễm, bekas perdana menteri di bawah Dinasti Lê. Menjelang usia tiga belas, Nguyễn kehilangan kedua ibubapanya, dengan itu bagi kebanyakan zaman remajanya dia tinggal bersama abangnya Nguyễn Khản atau bersama abang iparnya Đoàn Nguyễn Tuấn.

Pada usia 19 tahun (sesetengah sumber mengatakan 17 tahun), Nguyễn lulus perperiksaan peringkat wilayah dan menerima gelaran "tú tài", yang menjadikan dia (secara kasarnya) setaraf lepasan sekolah menengah. Bagaimanapun, pada zaman Nguyễn Du adalah lebih sukar mendapatkan kelulusan ini kerana tidak ramai orang yang cukup kaya untuk menumpu pada pembelajaran dan disebabkan piwaian ketat yang dikenakan.

Ibu Nguyễn merupakan isteri ketiga bapanya terkenal kerana keupayaannya menyanyi dan mengarang puisi. Malah, dia menyara hidup dengan menyanyi, yang pada masa itu dianggap pekerjaan kurang baik. Ia dikatakan bahawa Nguyễn mungkin mewarisi sebahagian bakatnya dari ibunya. Dia gemar mendengar lagu tradisional; dan terdapat khabar angin bahawa, ketika dia berusia 18 tahun, dia kawin lari dengan seorang penyanyi.

Dewasa[sunting | sunting sumber]

Selepas lulus perperiksaan peringkat wilayah, dia dilantik pada peringkat penasihat tentera dalam tentera DiRaja (Trịnh). Selepas Tuan Trịnh dikalahkan pada tahun 1786 oleh Nguyễn Huệ (yang kedua termuda, paling berkeupayaan dan popular dari tiga Tây Sơn bersaudara), Nguyễn Du enggan berkhidmat dengan pentadbiran Tây Sơn. Dia ditahan dan dipenjara untuk seketika sebelum dipindahkan kembali ke kampung asalnya di bahagian utara negeri.

Apabila Nguyễn Ánh mengalahkan Tây Sơn dan mengambil alih keseluruhan Vietnam pada tahun 1802, Nguyễn Du bersetuju untuk berkhidmat dalam pentadbirannya (ramai mandarin dari utara enggan melakukannya kerana ia dianggap bahawa seseorang mandarin hanya patut berkhidmat dengan satu dinasti). Pada mulanya dia diberikan jawatan lamanya sebagai penasihat tentera tetapi selepas satu dekad dia dilantik sebagai duta ke China (1813). Ketika di China, dia menjumpai dan menterjemah kisah era Dinasti Ming yang akan menjadi asas kepada Kisah Kieu. Dia kemudian dilantik bagi dua misi diplomatik ke Peking, tetapi sebelum dia berlepas bagi misi terakhirnya, dia mati akibat penyakit berpanjangan yang mana dia enggan menerima rawatan.

Bapa Nguyễn pernah menjadi menteri semasa Dinasti Lê, dan keluarganya mendapat banyak keuntungan di bawah pemerintahan mereka. Bagi sepanjang hidupnya, Nguyễn Du dihantui oleh aapa yang dirasakannnya sebagai pengkhianatan dirinya pada pemerintah sebenar Vietnam, yang berlaku apabila dia menerima jawatan di bawah pemerintahan Nguyễns.

Kisah Kieu[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kisah Kieu

Adalah penting bagi menyedari latar belakang sejarah dan sosial agar dapat memahami kedua-dua Nguyễn Du dan karya utamanya, Kisah Kieu (Vietnam Truyện Kiều), yang berasaskan karya China sebelumnya yang dikenali sebagai Kim Vân Kiều dan pada asalnya berjudul Đoạn Trường Tân Thanh (harafiah. dilek baru bagi lagu menyayat hati).

Kisah Kieu ditulis di bawah nama pena kerana kisah tersebut mengkritik hebat tenet asas moral Konfusian. Ia merupakan kisah tragik dua kekasih yang dipisahkan akibat ketaatan gadis pada kehormatan keluarga. Nguyễn menambahkan rasa pedih dan bersalahnya mengenai pengkhianatan dirinya pada kod kehormatan dirinya sendiri, dan menghasilkan karya teragung dalam kesusteraan Vietnam.

Di Vietnam, puisi ini begitu popular dan disukai sehinggakan terdapat dakwaan mengenai petani buta huruf yang menghafal keseluruhan epik dan mampu membacakannya tanpa kesilapan.

Warisan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan bandar di Vietnam memiliki jalan utama dinamakan sempena namanya.[2]

Karya lain[sunting | sunting sumber]

  • Bắc Hành Tạp Lục (Perjalanan ke Utara)
  • Điêu la thành ca giả
  • Long thành cầm giả ca
  • Mộng đắc thái liên
  • Nam Trung Tạp Ngâm (Pelbagai Puisi)
  • Ngẫu hứng V
  • Ngô gia Đệ cựu ca cơ
  • Thác lời trai phường nón
  • Thanh Hiên thi tập (Puisi Thanh Hiên)
  • Văn chiêu hồn

Selain puisi Vietnam, Nguyen turut mengarang puisi dalam bahasa Cina.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Renowned Vietnamese Intellectuals prior to the 20th Century (essay by the Vietnamese historian Nguyen Khac Vien) published by The Gioi Publishers, 2004.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Patricia M. Pelley Postcolonial Vietnam: New Histories of the National Past 2002 Page 126 "Many postcolonial critics who focused on the masterpiece of Vietnamese literature — Nguyễn Du's narrative poem The Tale of Kiều — were tempted to interpret it as a critical, allegorical reflection on the rise of the Nguyễn dynasty."
  2. ^ Vietnam Country Map. Periplus Travel Maps. 2002–03. ISBN 0-7946-0070-0.  Check date values in: |date= (bantuan)