Nikah mut'ah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam

(suatu disiplin kajian Islam)

Bidang-bidang


Nikah mut'ah (Arab: نكاح المتعة‎ ​ nikāḥ al-mut'aṯ, harfiah: perkahwinan untuk keseronokan[1]), atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut Mazhab Syiah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. Contohnya, seorang lelaki melakukan berkahwin dengan akad nikah sebagai berikut, "Aku berkahwinimu selama satu bulan atau satu tahun." Kemudian, wanita itu menjawab, "Aku terima." Itu adalah takrif perkahwinan muta'a menurut jumhur ulama.

Perkahwinan ini hanya dibolehkan pada masa peralihan jahiliyah kepada Islam, ketika zina menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat.[2] Bagi mazhab Sunni, perkahwinan ini adalah tidak sah dan tidak dibolehkan.

Pandangan mazhab Sunni dan Syiah[sunting | sunting sumber]

Walau bagaimanapun, ia dinyatakan sebagai haram oleh pihak ahli Sunnah wal-Jamaah. Bab ini yang paling diperdebatkan dalam bidang fiqh; ahli Sunnah dan Syiah masing-masing memegang pendapat yang berbeza tentang keizinan untuk perkahwinan ini. Mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman "seks bebas" di kalangan penganut-penganutnya. Walau bagaimanapun, Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha (Imam yang ke-8 Syiah) menyatakan bahawa Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya iaitu haram kepada orang yang jahil tentangnya. [3]

Tatacara menjalankan mut'ah[sunting | sunting sumber]

Mut’ah boleh terjadi dengan cara;

  1. Tanpa wali, saksi dan perisytiharan.[4]
  2. Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
  3. Dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun.[5]
  4. Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak.[6]
  5. Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun.[7]
  6. Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham.[8]
  7. Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja.[9]
  8. Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.[10]
  9. Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepadaa lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun.[11]
  10. Dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan akad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si lelaki bimbang perempuan yang dia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur. Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.sensagent.com/dictionnaires/ar-en/متعة/ALEXMN/
  2. 'Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas. 2011. Perkahwinan & Rumahtangga: Syurg yang Disegerakan. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.
  3. Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459
  4. At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248 , 249 , 254 , An Nihayah hal. 489
  5. Khomeini-Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292
  6. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489
  7. Al Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5 hal. 463
  8. Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 , Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 260
  9. Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata, "Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan sewaan" . (Al Istibshar j. 3 hal. 461, Tahzibu Al Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446, Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452)
  10. Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin Muhammad Al Jawad (Imam yang ke-10 Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya, "Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan? Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan?, "Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada persetubuhan itu) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu. (Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267)
  11. Ini tersebut di dalam riwayat Syiah dari Aban bahawa ada orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang melakukan mut’ah dengan sesorang perempuan beberapa kali? Jaafar Al Shadiq menjawab, "Tidak mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang dikehendakinya". Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480.
  12. Ini berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya, "Aku bertanya Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan aqad mut’ah dengan seorang perempuan selama sebulan dengan tidak memberikan kepada perempuan itu sebahagian daripada maskahwinya? Jaafar As Shafiq menjawab, "Ya, boleh. Ambillah daripadanya sekadar masa keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga."(Al Furu’ Min Al Kafi j.5 hal.461,Wasaailu As Syiah jil.14 hal.481,Biharu Al Anwar jil.100 hal.310)