Walimatulurus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian


Walimatulurus (Bahasa Arab: وليمة; "pertemuan")[1] atau kenduri kahwin (seperti majlis santapan makanan) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat).

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka.

Hukum[sunting | sunting sumber]

Para ulama fiqh bersepakat bahawa mengadakan pesta pernikahan hukumnya ialah sunat muakkad, yakni sebuah perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan oleh itu, dianjurkan bagi suami yang merupakan seorang lelaki (rasyid) dan wali suami yang bukan rasyid.[1] Meskipun demikian, penganjuran walimatulurus perlulah sesuai kemampuan suami kerana tujuan penganjuran adalah untuk menggembirakan hati kedua-dua pengantin.[2]

Adab[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti di bawah:

  1. Dilakukan selepas akad nikah;
  2. Menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan;
  3. Bagi pengantin wanita, hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW, yakni dengan cara bersederhana dan tidak terlalu mewah serta mengandungi unsur maksiat dan kemungkaran; dan dilarang sama sekali dilakukan dengan berhutang yang membebankan.

Agenda[sunting | sunting sumber]

Dalam menganjurkan agenda berkaitan walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Selain itu, walimatulurus juga tidak sepatutnya mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan dari agama lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b H. Ahmad Sarwad, Lc. "Fiqih Nikah" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). Cite journal requires |journal= (bantuan)
  2. ^ Drs. H. Ibnu Mas'ud; S, Drs. H. Zainal Abidin; Abd. Djaliel, Drs. Maman (2000). Fiqih Mazhab Syafi'i (dalam bahasa Indonesia). CV.Pustaka Setia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]