Nikaia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nikaia (Bahasa Yunani Kuno: Νικαία, Nikaia; Latin: Nicaea) adalah kota kuno di wilayah Anatolia terangkum dalam kota İznik moden, Turki. Kota ini didirikan masyarakat Yunani pada tahun 310 SM ini dahulu merupakan ibukota Empayar Nikaiah selepas Perang Salib Keempat sehingga penawanan Kustantiniyah pada 1261. Ia pernah menjadi ibukota kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1331-1335.

Kota ini tempat bersidangnya Majlis-Majlis yang berperanan menyeragamkan ajaran rohani mengenai sifat Yesus yang penting dalam anutan Kristian serta menetapkan hukum-hukum agama lain seperti pemaktuban kanun gereja serta tarikh merayakan Paskah.