Nikon D3000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Nikon D3000 ialah sebuah kamera digital keluaran DLSR Nikon bagi kamera peringkat tinggi untuk tahap permulaan.

Nikon D3000 disasarkan pada pengguna kamera kompak yang ingin beralih pada kamera SLR pertama mereka.

Dari luar kamera Nikon D3000 kelihatan sama seperti kamera lain, dengan kadar kecil tetapi serdahana effektif kanta zum 18-55.

Tetapi apa yang unik Nikon D3000 adalah pada bahagian dial pilihan. Selain mod dedahan PASM biasa, kini terdapat tambahan baru yang dikenali sebagai GUIDE. Dengan memilih GUIDE menukar kamera SLR ini menyerupai kamera kompak. Skrin bewarna besar memaparkan tiga pilihan: Shoot (“Bergambar”), View/Delete (“Lihat/Padam”), dan Set-up (“Tatarajah”).

Dua pilihan adalah jelas sendiri, tetapi mod Shoot merupakan tambahan unik yang membenarkan pengguna memilih dari beberapa pilihan bergambar – dari gambar jarak dekat, hingga akti, dan gambar malam hingga latar kabur bagi portret.

Setiap pilihan gambar menjelaskan bagaimana hendak mencapai kesan yang diingini – dengan itu merupakan perkakasan yang berguna bagi memahami kawalan dedahan kreatif pada D-SLR.

Pilihan More Settings memberikan pilihan mod Flash dan AF. Kesemuanya dijelaskan dengan baik. Kelemahannya adalah ketiadaan LCD atas, Tilik Langsung (“Live View”) dan keupayaan merakam video HD.

Ini kemungkinannya Nikon cuba mengurangkan kos bagi mengekalkan harga Nikon D3000 rendah dan mudah digunakan. Nikon D3000 ternyata bertujuan bagi membantu pengguna baru D-SLR dalam peralihan dari kamera kompak kepada kamera permulaan SLR.

Nikon D3000 memiliki saiz yang cukup kecil untuk dibawa bersama keluarga tetapi tidak terlalu kecil sehinggakan menyukarkan ia dipegang. Nikon D3000 dibina dengan kukuh dan kit kantanya 18-55mm memiliki rupa yang tegap.