Ninoslav Marina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ninoslav Marina[1][2] (Skopje, Republik Macedonia, 25 September, 1974) Rektor dari Universiti Maklumat Sains dan Teknologi yang terletak di Ohrid, Republik Macedonia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Selepas menamatkan pengajian ijazah pertama di Fakulti Kejuruteraan Elektrik di UKIM Skopje, NM memperolehi ijazah Ph.D. di École Polytechnique Federale de Lausanne (EPFL) pada tahun 2004. Dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Nokia di Helsinki, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah tesis berasaskan teori maklumat dengan permohonan untuk komunikasi tanpa wayar. Ninoslav Marina merupakan Pengarah R & D di Sowoon Technologies dari tahun 2005 hingga 2007. Pada tahun 2007 hingga 2008, beliau telah dilantik sebagai skolar pelawat di Universiti Hawaii di Manoa. Selepas itu, dari 2008 hingga 2009, beliau bekerja sebagai seorang penyelidik pasca kedoktoran di Universiti Oslo. Dalam tempoh 2010-2012, Ninoslav Marina dipanggil sebagai penyelidik pelawat bagi pasca kedoktoran di Universiti Princeton. Beliau masih memegang kedudukan tersebut sebagai pelawat penyelidik di Princeton.

Pencapaian Sains[sunting | sunting sumber]

Prof. Marina telah menjadi profesor tetamu kepada dua puluh buah universiti, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Israel, Rusia, Brazil, Hong Kong, Norway, Finland, Portugal, dan Republik Czech. Beliau mempunyai rekod yang cemerlang serta pengalaman yang mendalam dalam pengumpulan dana melalui pelbagai instrumen pembiayaan awam, termasuk bidang akademik dan industri, juga dalam program seperti Swiss CTI, NSF Swiss, Suruhanjaya Eropah dan Agensi Angkasa Eropah (European Commision and the European Agency). Beliau telah menjadi pakar penilai dan pengulas dalam Program Rangka Kerja 6 dan 7 Suruhanjaya Eropah (European Commision’s 6th and 7th Framework). Dr. Marina ialah ahli kanan Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE), dan merupakan salah satu pengasas Bab Macedonian daripada masyarakat teori maklumat IEEE. (IEEE Information Theory Society)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "UIST 'St Paul the Apostle'". www.uist.edu.mk. Dicapai 2014-08-27. 
  2. ^ "Ninoslav Marina - European commission". European commission. Dicapai 2014-08-27.