Norah Jones

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Norah Jones
Jones ketika menyanyikan lagu "America The Beautiful" pada Congressional Gold Medal Ceremony
Latar belakang
Nama lahirGeethali Norah Jones Shankar
Kelahiran (1979-03-30) 30 Mac 1979 (umur 45)
Brooklyn, New York, A. S.
Berasal dariDenton, Texas, USA
GenreAdult Contemporary, jazz, vocal jazz, folk, country, roots rock, lo-fi
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, pemuzik, pelakon
InstrumenVokal, keyboard, gitar, bass, saksofon
Tahun aktif2001–kini
Syarikat rakaman
Blue Note
Pengkarya berkait
The Little Willies, El Madmo, Liberation Prophecy, Wax Poetic, Peter Malick, Foo Fighters, Dave Grohl, Willie Nelson, Ray Charles, Q-Tip, Peeping Tom
Laman sesawang
www.norahjones.com

Norah Jones (dilahirkan sebagai Geethali Norah Jones Shankar; 30 Mac 1979) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan anak perempuan kepada pemain sitar yang berbangsa India iaitu Ravi Shankar. Beliau juga adalah adik angkat kepada Anoushka Shankar.

Pada tahun 2002, beliau melancarkan kerjaya muzik solo dengan pengeluaran album yang berjaya dan diiktiraf iaitu Come Away with Me dan disahkan sebagai album diamond pada tahun tersebut. Album ini juga mampu menjual sebanyak 20 juta salinan. Rakaman ini membolehkan beliau memenangi lima Anugerah Grammy termasuk Album of the Year, Record of the Year, dan Best New Artist. Seterusnya, album studio beliau yang kedua bertajuk Feels Like Home yang dikeluarkan pada tahun 2004. Selain itu, album Not Too Late pula dikeluarkan pada tahun 2007, iaitu tahun yang sama beliau muncul sebagai pelakon dalam filem My Blueberry Nights . Album The Fall dikeluarkan pada tahun 2009 dan mendapat status platinum selepas terjual lebih daripada berjuta salinan. Album ini juga diterima baik oleh para pengkritik. Di samping itu, album studio yang kelima bertajuk Little Broken Hearts telah dikeluarkan pada 1 Mei 2012.

Beliau juga telah memenangi sembilan Anugerah Grammy dan disenaraikan sebagai 60 muzik terlaris oleh artis pada dekad 2000 hingga 2009 oleh majalah Billboard. Sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi, beliau telah memenangi pelbagai anugerah dan telah menjual lebih daripada 40 juta album di seluruh dunia. Billboard telah menamakan beliau sebagai artis Jazz ternama pada dekad 2000–2009 yang juga menjadikan beliau sebagai salah seorang artis terlaris pada masa beliau.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Bedford-Stuyvesant, Brooklyn, New York dan merupakan anak perempuan kepada Ravi Shankar, iaitu seorang pemain sitar yang berketurunan India. Ibunya pula adalah seorang pengeluar konsert dari Amerika yang bernama Sue Jones. Selepas perpisahan ibubapanya pada tahun 1986, beliau menghabiskan masa kanak-kanak dengan ibunya di Fort Worth, pinggir Grapevine, Texas. Beliau telah memasuki Colleyville Middle School dan Grapevine High School sebelum berpindah ke Booker T. Washington High School for the Performing and Visual Arts di Dallas. Semasa di sekolah menengah, beliau menyanyi untuk kior sekolah, menubuhkan sebuah kumpulan muzik dan bermain alto saxophone. Semasa berumur 16 tahun, beliau mendapat keizinan daripada ibu bapa untuk menukar namanya secara rasmi kepada Norah Jones.

Norah sentiasa mempunyai tarikan kepada muzik Bill Evans dan Billie Holiday di antara 'lagu-lagu lama' yang lain. Beliau pernah berkata, "Ibu saya mempunyai lapan set album Billie Holiday, saya mengambil satu cakera yang saya suka dan memainkannya berulang-ulang kali."

Beliau mula menyanyi di dalam koir gereja dan mengambil kelas bermain piano sebagai seorang kanak-kanak. Beliau masih pergi ke gereja. Beliau menganggap dirinya mempunyai semangat kerohanian dan menghormati ritual gereja tetapi tidak menganggap dirinya sebagai seorang yang alim.

Beliau menghadiri Interlochen Center for the Arts semasa musim panas. Ketika di sekolah tinggi, beliau memenangi DownBeat Student Music Awards untuk kategori Vokalis Jazz Terbaik (dua kali, iaitu pada tahun 1996 dan 1997) dan Komposisi Asal Terbaik (1996).

Norah menghadiri University of North Texas (UNT), di mana beliau mengambil jurusan dalam bidang piano jazz dan menyanyi dengan Penyanyi Jazz UNT. Pada masa ini, beliau terpaksa bertemu dengan bakal kolaborator iaitu Jesse Harris. Beliau menumpang semasa sebuah kumpulan muzik sedang bermain di universiti di mana ahlinya adalah rakan kepada Jesse. Jesse sedang merentas desa dan berjalan dengan rakan dan bakal ahli Little Willies iaitu Richard Julian yang akhirnya berhenti untuk melihat permainan kumpulan muzik. Selepas mengadakan pertemuan dengan Norah, Jesse mula menghantar beberapa lembaran melodi lagu-lagu beliau. Pada tahun 1999, beliau meninggalkan New York. Kurang daripada satu tahun kemudian, beliau memulakan sebuah kumpulan muzik dengan Jesse yang akhirnya membuatkan beliau terkenal.

Karier muzik[sunting | sunting sumber]

2001–2004: First Sessions dan Come Away with Me[sunting | sunting sumber]

Jones membuat persembahan di Auditorium Parco della Musica, Rom

Beliau telah berpindah ke Bandar New York dan menandatangani kontrak rakaman bersama Blue Note Records, sebuah label yang dimiliki oleh EMI Group. Kontrak ini datang secara tidak langsung kepada beliau hasil daripada persembahannya sebagai penyanyi latar untuk penyanyi dan penulis lagu, Victoria Williams.[1] Shell White, isteri kepada penerbit Williams iaitu JC Hopkins yang berkerja di bahagian royalti Blue Note dan menyerahkan tiga lagu demo nyanyian Jones kepada presiden syarikat, Bruce Lundvall dan A&R, Brian Bacchus. Demo ini menampilkan dua lagu standard bertemakan jaz dan sebuah lagu ciptaan Jesse Harris.[1] Selepas itu, Lundvall dan Bacchus serta-merta bersetuju untuk menerima Jones kerana mempunyai potensi yang baik walaupun mereka tidak tahu genre muzik manakah menjadi pilihan Jones. Semenjak Blue Note adalah label rakaman jaz, namun mereka membuat keputusan untuk mengambil Jones. Bacchus telah berkata kepada pihak HitQuarters: "We let her find her own direction.... We knew that if she could develop her songwriting and we could find great songs, it would work."[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Interview With Brian Bacchus". HitQuarters. 3 September 2002. Dicapai pada 10 April 2011.