Nosy Be

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedudukan Nosy Be di utara Madagaskar

Nosy Be ("Nusa Besar" dalam Bahasa Malagasi)[1] adalah sebuah pulau terletak tidak jauh dari belah barat laut Madagaskar. Ia tempat pelancongan paling sibuk di negara tersebut.

Pulau ini keseluruhannya mempunyai keluasan 320.02 km² dengan kependudukan seramai 109,465 orang. Ia beriklim monsun tropika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ kata-kata nosy dalam bahasa Malagasi dan nusa dalam bahasa Melayu sewarisan Melayu-Polinesia daripada kata akar *nusa₁ – rujuk: Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*nusa₁: island". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 25 Ogos 2022.