Nova

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambaran pelukis tentang biontang kerdil putih menambah hidrogen dari rakan besarnya

Nova merupakan letupan nuklear bencana yang disebabkan oleh penambahan hidrogen ke dalam permukaan bintang kerdil putih. Nova adalah suatu objek yang tidak harus dikelirukan dengan supernova atau nova merah terang.

Kadar kemunculan dan kepentingan astrofizik[sunting | sunting sumber]

Ahli astronomi menganggarkan bahawa Bima Sakti mempunyai lebih kurang 30 hingga 60 nova setahun, dengan kadar purata 40.[1] Bilangan nova yang ditemui di dalam Bima Sakti setiap tahun semakin berkurangan, lebih kurang 10.[2] Lebih kurang 25 buah nova adalah lebih terang dari magnitud 20 telah ditemui di Galaksi Andromeda setiap tahun dan bilangan yang lebih kecil turut dilihat di galaksi berhampiran.[3]

Cerapan spektroskopi bagi nebula pancutan nova telah menunjukkan yang nova adalah kaya dnegan unsur seperti helium, karbon, nitrogen, oksigen, neon, dan magnesium.[1] Sumbangan nova terhadap bahan antara najam tidaklah begitu besar; nova membekalkan hanya 1/50 bahan kepada Galaksi sebagai supernova, 1/200 sebagai gergasi merah dan bintang supergergasi.[1]

Nova yang berulang-ulang seperti RS Ophiuchi (dengan tempoh dengan tertib dekad) adalah jarang. Ahli astronomi memberi teori bahawa kebanyakan, jika tidak semua, nova adalah berulang-ulang, dengan skala masa dari 1,000 hingga 100,000 tahun.[4] Selang masa ulangan bagi sesebuah nova adalah kurang berdangtung pada kadar penambahan kerdil putih berbanding jisimnya; dengan gravitinya yang kuat, kerdil putih yang besar memerlukan kurang penambahan untuk menjana letusan berbanding yang berjisim rendah.[1] Maka, selang masa adalah lebih pendek bagi kerdil putih yag berjisim besar.[1]


Kepentingan sejarah[sunting | sunting sumber]

Ahli astronomi Tycho Brahe telah mencerap supernova SN 1572 dalam buruj Cassiopeia, dan menerangkan dalam bukunya de stella nova (Bahasa Latin bagi "perihal bintang baru"), lalu memberi nama nova. Dalam kerjanya, beliay berhuja yang objek berhampiran sepatutnya kelihatan bergerak secara relatif dengan bintang tertentu, dan nova pastinya berada sangat jauh. Walaupun ini ialah supernova dan bukan nova klasik, syarat itu telah dipertimbangkan untuk ditukarganti hingga 1930-an.[1]


Nova sebagai penanda jarak[sunting | sunting sumber]

Nova mempunyai potensi untuk digunakan sebagai lilin piawai. Sebagai contoh, taburan magnitu mutlak mereka adalah bimodal, dengan puncak utama pada magnitud −8.8, dan yang kurang pada −7.5. Nova juga mempunyai magnitud mutlak yang hampir srupa 15 hari selepas kemuncaknya (−5.5). Perbandingan jarak berdasarkan nova ini mampu menganggarkan jarak ke galaksi-galaksi dan kelompok galaksi berhampiran. Cara ini pernah digunakan untuk bintang berubah Cepheid dan didapati ketepatannya amat mengkagumkan.[5]

Nova terang sejak 1890[sunting | sunting sumber]

Nova Eridani 2009 (magnitud ketara ~8.4) ketika bulan purnama
Tahun Nova kecerahan maksimum[6]
1891 T Aurigae +3.8
1898 V1059 Sagittarii +4.5
1899 V606 Aquilae +5.5
1901 GK Persei +0.2
1903 DM Geminorum +4.8
1905 V604 Aquilae +7.3
1910 DI Lacertae +4.6
1912 DN Geminorum +3.5
1918 V603 Aquilae -1.4
1919 HR Lyrae +6.5
1919 V849 Ophiuchi +7.4
1920 V476 Cygni +2.0
1920 T Pyxidis +6.4
1925 RR Pictoris +1.2
1927 EL Aquilae +5.5
1927 XX Tauri +5.9
1933 RS Ophiuchi +4.3
1934 DQ Herculis +1.4
1936 CP Lacertae +2.1
1936 V368 Aquilae +5.0
1939 BT Monocerotis +4.5
1942 V450 Cygni +7.0
1942 CP Puppis +0.3
1943 V500 Aquilae +6.1
1944 T Pyxidis +7.1
1945 V528 Aquilae +7.0
1946 T Coronae Borealis +3.0
1948 CT Serpentis +6.0
1948 V465 Cygni +7.3
1950 DK Lacertae +5.0
1956 RW Ursae Minoris +6.0
1958 RS Ophiuchi +5.0
1960 V446 Herculis +2.8
1963 V533 Herculis +3.0
1964 QZ Aurigae +6.0
1967 T Pyxidis +6.7
1967 HR Delphini +3.7
1967 RS Ophiuchi +5.0
1968 LV Vulpeculae +5.2
1970 FH Serpentis +4.4
1970 V1229 Aquilae +6.7
1970 V1330 Cygni +7.5
1971 IV Cephei +7.0
1975 V1500 Cygni +1.7
1975 V373 Scuti +6.0
1976 NQ Vulpeculae +6.0
1977 HS Sagittae +7.2
1978 V1668 Cygni +6.0
1982 V1370 Aquilae +6.0
1984 PW Vulpeculae +6.4
1984 QU Vulpeculae +5.2
1985 RS Ophiuchi +5.4
1986 V842 Centauri +4.6
1986 OS Andromedae +6.3
1987 V827 Herculis +7.5
1987 QV Vulpeculae +7.0
1991 V838 Herculis +5.0
1992 V1974 Cygni +4.2
1993 V705 Cassiopeiae +5.8
1999 V382 Velorum +2.6
1999 V1494 Aquilae +4.0
2006 RS Ophiuchi +4.5
2007 V1280 Scorpii +3.9 [1],[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f Prialnik, Dina. "Novae", pp. 1846-56, in Paul Murdin, ed. Encyclopedia of Astronomy and Astrophysics. London: Institute of Physics Publishing Ltd and Nature Publishing Group, 2001. ISBN 1-56159-268-4
  2. ^ http://www.cfa.harvard.edu/iau/nova_list.html
  3. ^ http://www.cfa.harvard.edu/iau/CBAT_M31.html
  4. ^ Seeds, Michael A. Horizons: Exploring the Universe, 5th ed. Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1998, ISBN 0-534-52434-6, p.194.
  5. ^ Alloin, D., and W. Gieren, eds. Stellar Candles for the Extragalactic Distance Scale. Robert Gilmozzi and Massimo Della Valle, "Novae as Distance Indicators", pp. 229–241. Berlin: Springer, 2003. ISBN 3-540-20128-9.
  6. ^ Lebih tinggi magnitud, lebih rendah kecerahannya. Cth. T Aurigae (+3.8) lebih terang daripada HR Lyrae (+6.5)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]