On Dal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
On Dal
Hangul
Hanja
Perumian SemakanOndal
McCune–ReischauerOntal

On Dal atau Ondal (온달, 溫達, ?-590), yang biasa disebut oleh orang Korea sebagai "On Dal Si Dungi" (babo ondal), ialah seorang jeneral Goguryeo, salah satu Tiga Kerajaan Korea. Menurut legenda, beliau mempunyai pinggang yang bengkok dan wajahnya jelek, tetapi memiliki hati yang baik. Keluarganya yang sangat miskin menyebabkannya selalu meminta-minta kepada ibunya. Walaupun berfikiran sederhana, beliau bangkit dari kelas orang kebanyakan lalu menjadi jeneral yang luar biasa dan berani. Beliau kemudian berkahwin dengan Puteri Pyeonggang, puteri kepada Raja Pyeongwon dari Goguryeo, suatu kisah yang dianggap sebagai luar biasa bagi seorang lelaki kelas rendah untuk mengahwini seorang wanita diraja. Setelah itu, beliau terus menjadi jeneral berkhidmat untuk tanah airnya.[1] Beliau meninggal pada tahun 590 di Kubu Achasanseong semasa pertempuran melawan tentera Silla.

Budaya popular[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "온달(溫達) - 한국민족문화대백과사전". encykorea.aks.ac.kr. Dicapai pada 30 May 2020.