Onsen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Onsen ruang luar di Prefektur Wakayama
Onsen di Prefektur Akita

Onsen (温泉?) ialah istilah bahasa Jepun untuk mata air panas dan tempat mandi berendam dengan air panas yang keluar dari perut bumi. Penginapan yang memiliki tempat mandian air panas disebut penginapan onsen (onsen yado). Kota pelancongan yang berkembang di sekeliling punca air panas disebut kota onsen.

Punca air panas memiliki dua punca panas, magma yang berada di dasar gunung berapi, dan panas yang bukan dari gunung berapi. Jenis garam galian yang dikandung air menyebabkan perbezaan warna air, bau dan khasiat bermandi dengan air panas tersebut.

Menurut definisi Undang-Undang Onsen Jepun[1], walaupun suhunya tidak tinggi, istilah onsen juga digunakan untuk air dari mata air dengan kandungan mineral yang berlainan daripada air biasa dan berasal dari punca air yang mengeluarkan gas. Pumca air panas dapat berupa air tanah yang dipanaskan oleh panas bumi atau dipanaskan manusia dengan punca panas. Air panas dapat keluar secara alami dari dalam tanah atau keluar setelah digerek manusia.

Kawasan untuk punca air panas dapat didapati berdekatan gunung berapi atau jauh dari gunung berapi. Punca air panas yang berkawasan jauh dari gunung berapi mendapat panas dari kecerunan geotermal (suhu air semakin tinggi apabila sumur digali semakin dalam) atau punca panas yang tidak diketahui. Onsen yang berada di kawasan rawa gambut seperti Tokachigawa Onsen, Hokkaido disebut moor onsen (moor dalam bahasa Jerman berarti rawa).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]