Operasi Crossroads

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Operasi Crossroads merupakan suatu penjalanan ujian senjata nuklear dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat di Atol Bikini, Kepulauan Marshall pada pertengahan tahun 1946. Pengujian ini pertama kali dilakukan sejak ujian Trinity dalam Projek Manhattan pada bulan Julai 1945 serta peletupan alat nuklear sejak pengeboman atom Nagasaki pada 9 Ogos tahun sama.

Pengujian ini diketuai Naib Laksamana William H. P. Blandy dilakukan bertujuan menyiasat kesan senjata nuklear pada kapal perang. Satu armada didirikan daripada sebanyak 95 buah kapal sasaran telah dilabuhkan di Lagun Bikini sebelum kemudiannya ditimpa dua letupan senjata nuklear jenis ledakan plutonium Fat Man sepertimana yang dijatuhkan di Nagasaki, masing-masing dengan muatan sebanyak 23 kilotons of TNT (96 TJ) .

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Kelengkapan pengujian[sunting | sunting sumber]

Satu siri tiga ujian disyorkan untuk mengkaji kesan senjata nuklear ke atas kapal, peralatan dan bahan lain. Kawasan sekitar diselidiki agar memenuhi kriteria tertentu untuk tapak pengujian yang sesuai:

  • Tapak ujian ditetapkan serta dipastikan agar harus berada di wilayah yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.
  • Kawasan yang dipilih mesti tidak berpenghuni dalam jarak sekurang-kurangnya 300 batu (500 km) jauh dari bandar terdekat, maka seberapa penduduk yang ada juga perlu dipindahkan jauh dari bandar terdekat.
  • Ada pangkalan udara dalam jarak 1,000 batu (1,600 km) memudahkan pesawat B-29 dapat menjatuhkan bom. Untuk memasukkan kapal sasaran, ia perlu mempunyai pelabuhan yang dilindungi sekurang-kurangnya 6 batu (10 km) lebar.

Corak cuaca persekitaran juga diamati sama ada ia boleh diramalkan serta bebas dari ribut yang hebat dan ganas. Angin yang dapat diramalkan akan mengelakkan bahan radioaktif ditiup balik kepada kakitangan pasukan petugas, dan arus samudera yang dapat diramalkan akan membolehkan bahan-bahan yang dapat dijauhkan dari lorong perkapalan, kawasan penangkapan ikan, dan pantai yang didiami. [1] Pemasaan sangat penting memandangkan tenaga kerja Tentera Laut diperlukan untuk menggerakkan kapal-kapal itu sedang ditamatkan tugas aktif berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua serta para saintis awam yang berpengetahuan tentang senjata atom telah meletakkan jawatan mereka dalam pekerjaan persekutuan untuk mengajar perguruan tinggi.[2]

Akhirnya pada 24 Januari, Lagun Bikini dipilih untuk dua pusingan pertama pengujian ini yang dirancang pada awal tahun 1946[3] Of the possible places given serious consideration, including Ecuador's Galápagos Islands,[4] Bikini offered the most remote location with a large protected anchorage, suitable but not ideal weather,[5] and a small, easily moved population. It had come under exclusive United States control on January 15, when Truman declared the United States to be the sole trustee of all the Pacific islands captured from Japan during the war.

Pemindahan warga Bikini[sunting | sunting sumber]

167 penduduk Pulau Bikini mula kali mengetahui nasib mereka empat hari kemudian pada hari Ahad 10 Februari, ketika Komodor Ben H. Wyatt selaku gabenor tentera yang memerintah Kepulauan Marshall, tiba ke atol ini dari kapal air di Kwajalein. Wyatt cuba meyakinkan mereka dengan menjelaskan situasi mereka yang dilihat seumpama "Bani Israel diselamatkan Tuhan yang membawa mereka ke Tanah Dijanjikan" sepertimana yang diceritakan dalam kisah-kisah Bible didakwah para mubaligh Protestan kepada penduduk atol; Wyatt turut menyatakan ia adalah "untuk kebaikan manusia dan untuk mengakhiri semua peperangan dunia." Maskipun tiada perjanjian bertulis diberikan, namun Wyatt sendiri menyaksikan persetujuan daripada orang ramai dan penghulu mereka bernama Juda yang merasa berbangga menjadi sebahagian daripada usaha yang luar biasa ini." [6] Pada 6 Mac, Wyatt cuba merakam semula insiden ini sebagai bahan bukti persetujuan tersebut, namun Juda si penghulu berseloroh "Kami bersedia untuk pergi. Segala-galanya berada di tangan Tuhan. " Keesokan harinya, LST-861 memindahkan kesemua mereka dan barang-barang mereka secara kekalnya 128 batu (206 km) jauh arah timur ke Atol Rongerik yang tidak berpenghuni.[7]

Map of Bikini Atoll, with target area highlighted.
Semua 167 penduduk asli dipindahkan 128 batu (206 km) timur ke Atol Rongerik tidak berpenghuni.
Ujian-ujian dijalankan dalam Operasi Crossroads
Nama Tarikh, masa (UTC) Lokasi Ketinggian + ketinggian Penghantaran Tujuan Peranti Hasil Rujukan
Able Jun 30, 1946 21: 00: 01.0 NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.50 0 + 158 m (518 ka) Diterjunkan bebas Menguji kesan senjata Mk III "Gilda" 23  kt [8] [9] [10] [11]
Baker 24 Julai 24, 1946 21: 34: 59.8 NE Lagoon, Atol Bikini 11°35′N 165°30′E / 11.59°N 165.50°E / 11.59; 165.50 0 - 27.5 m (90 ka) Dasar laut Menguji kesan senjata Mk III "Helen of Bikini" 23  kt
Charlie
(dibatalkan)
Mac 1, 1947 NE Lagoon, Atol Bikini

11°34′N 165°31′E / 11.57°N 165.51°E / 11.57; 165.51

0 - 50 m (160 ka) Dasar laut Menguji kesan senjata Mk III 23  kt

Kejadian susulan[sunting | sunting sumber]

Keadaan warga Bikini[sunting | sunting sumber]

167 orang penduduk Bikini yang dipindahkan ke Atol Rongerik sebelum berlangsungnya ujian ini tidak dapat menangkap dan mengumpul makanan laut yang mencukupi untuk menampung diri dalam persekitaran baru mereka. Angkatan Laut meninggalkan makanan dan air selama beberapa minggu dan kemudian gagal kembali tepat pada masanya. Menjelang bulan Januari 1947, pelawat ke Rongerik melaporkan penduduk pulau itu menderita kekurangan zat makanan, menghadapi kebuluran berpotensi menjelang bulan Julai, dan mengalami kurus pada Januari 1948.

Mereka dipindahkan ke Kwajalein pada bulan Mac tahun sama sebelum kemudiannya menetap di pulau Kili yang tidak didiami pada bulan November; pulau tersebut yang berkeluasan hanya satu pertiga batu persegi serta tiada laguna dan pelabuhan terlindung menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kegiatan tradisi memancing lagun lagun untuk mendapatkan makanana sehingga terpaksa bergantung kepada bekalan dan catuan dibawa kepada mereka. memancing, mereka menjadi bergantung kepada penghantaran makanan.[12] Sebilangan tiga buah keluarga kembali ke atol tersebut pada tahun 1974 namun mereka sekali lagi telah dipindahkan empat tahun kemudian apabila tahap mereka didapati kerana radioaktiviti dalam badan mereka dari empat tahun makan makanan tercemar. [12] Sehingga 2015, atol Bikini masih didapati tidak selamat untuk dihuni semula.

Berikutan masalah masalah pencemaran Baker, Tentera Laut Amerika Syarikat mengarahkan kapal-kapal yang baru dilengkapi sistem pemadaman Countermeasure Wash Down System (CMWDS) yang mengalirkan air garam dari sistem pemadam kebakaran sekiranya serangan nuklear melanda lalu menghadang luruhan dan sisa letupan radioaktif daripada mencemarkan kapal melalui retak dan celah kapal.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shurcliff 1946.
  2. ^ Daly 1986. The bomb yields are often reported as 21 kilotons, but the figure of 23 kilotons is used consistently throughout this article per Weisgall 1994.
  3. ^ Weisgall 1994, halaman 117.
  4. ^ Parsons, Rear Admiral. "Subject: site for atomic bomb experiments, May 12, 1948." Appendix to U.S. Commanding Lieutenant General J. E. Hull's memorandum to the U.S. Army Chief of Staff, "Subject: location of proving ground for atomic weapons." Quoted in: Radioactive Heaven and Earth: The health and environmental effects of nuclear weapons testing in, on, and above the earth: A report of the IPPNW International Commission to Investigate the Health and Environmental Effects of Nuclear Weapons Production and the Institute for Energy and Environmental Research (1991) p. 70
  5. ^ Bikini failed to meet one of the stipulated weather criteria: "predictable winds directionally uniform from sea level to 60,000 feet." Daly 1986, halaman 68.
  6. ^ Weisgall 1994.
  7. ^ Weisgall 1994.
  8. ^ "United States Nuclear Tests: July 1945 through September 1992 (DOENV-209 REV15)" (PDF). Las Vegas, NV: Department of Energy, Nevada Operations Office. December 1, 2000. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada October 12, 2006. Dicapai pada December 18, 2013. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  9. ^ Yang, Xiaoping; North, Robert; Romney, Carl (August 2000). "CMR Nuclear Explosion Database (Revision 3)". SMDC Monitoring Research. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  10. ^ Norris, Robert Standish; Cochran, Thomas B. (February 1, 1994). "United States nuclear tests, July 1945 to 31 December 1992 (NWD 94-1)" (PDF). Nuclear Weapons Databook Working Paper. Washington, DC: Natural Resources Defense Council. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada October 29, 2013. Dicapai pada October 26, 2013.
  11. ^ "Operation Crossroads, 1946 (DNA-6032F)" (PDF). Defense Nuclear Agency. May 1, 1984. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada February 1, 2014. Dicapai pada January 6, 2014. Petikan journal memerlukan |journal= (bantuan)
  12. ^ a b Niedenthal, Jack (2013), A Short History of the People of Bikini Atoll, dicapai pada May 4, 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]