Pergi ke kandungan

Optimus Prime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Optimus Prime
Animasi Optimus Prime dalam Transformers Generasi 1
Informasi Penerbit
PenerbitHasbro
Kemunculan pertamaTransformers Generasi 1
SpesisRobot
Seorang pemuda mengenakan kostum watak Optimus Prime di Johor, Malaysia

Optimus Prime (dulu dikenali Orion Pax) adalah satu watak fiksyen dalam francais animasi Transformers. Optimus Prime secara konsisten digambarkan mempunyai keperibadian yang tinggi, kepimpinan cemerlang, dan kemahiran teguh membuat keputusan, dan memiliki taktik tentera yang bijak, seni bela diri yang kuat, dan persenjataan asing yang maju. Optimus Prime mempunyai perasaan hormat yang tinggi dan bersikap adil, berjiwa dedikasi membina keamanan dan saling hidup sesama manusia, melindungi kehidupan dan kebebasan semua spesis yang berakal.[1]

Sebagai pembawa terkini Matrix Kepimpinan, Optimus Prime adalah pemimpin de facto Autobot, sebuah kumpulan spesis kepintaran sintetik transformer dari planet Cybertron. Pihak Autobot sentiasa melancarkan perang saudara terhadap puak lawan robot transformer yang dipanggil Decepticon. Menurut Bob Budiansky, penulis bersama siri Transformers, Dennis O'Neil bertanggungjawab memberi namanya.

Biografi watak animasi

[sunting | sunting sumber]

Optimus Prime biasanya digambarkan sebagai seorang anggota purba bangsa Transformers yang dipanggil Dinasti Prime, sering menerima gelaran "Prime Terakhir" dalam banyak cerita, yang mana beliau digambarkan sebagai Prime yang akhir. Di dalam Transformers: Covenant of Primus, ia membuktikan bahawa Optimus Prime merupakan kelahiran terakhir Tiga Belas Transformers yang asal. Ia adalah spark unik dan kata-kata inspirasinya iaitu "All are One" ("Kita bersama jua") yang membolehkan kerabat Prime bersatu dan berjaya dalam perjuangan mereka melawan Dewa Kehancuran Unicron. Apabila tragedi yang akhirnya menamatkan era kerabat Prime dan melahirkan bangsa baru keturunan Transformers yang lebih lemah beliau sendiri memilih untuk dilahirkan semula dalam Telaga Semua Sparks sebagai seorang daripada mereka, supaya beliau dapat mengenali mereka dan keperluan mereka dengan lebih lengkap. Semua memori kehidupan lampaunya hilang, beliau mengambil nama "Orion Pax" dan mencari jalan seperti mana-mana robot yang lain di dunia baru menjadi Optimus Prime sekali lagi setelah menerima Matrix Kepimpinan apabila Cybertron menghadapi musuh baru dari bekas sahabatnya, Megatron dan pengikut-pengikutnya, iaitu Decepticon. Ini membawa Perang Besar ke planet Cybertron mereka. Asal-usul Optimus dan personaliti boleh berubah-ubah bergantung pada mana "alam semesta" yang beliau temui. Asal-usul ini adalah yang paling konsisten antara pelbagai jelmaan. Perbezaan selanjutnya telah disenaraikan dalam bahagian masing-masing dibawah.

Generasi 1

[sunting | sunting sumber]

Optimus Prime generasi pertama bertukar menjadi sebuah lori treler jenis Kenworth K100.[2] Didalam dadanya terdapat azimat mistik, dikenali sebagai Matrix Kepimpinan Autobot atau "Matrix Penciptaan", dibawa oleh semua pemimpin Autobot.[3] Apabila Optimus bertukar, kepala lori ditanggalkan untuk menjadi robot hidup, dan trelernya dibuka untuk menampilkan penembak ion, membentuk dek tempur.[4] Dek tempur ini menampung stesen perang bergerak dan markas pemerintahan yang dilengkapi dengan pelbagai artileri dan senjata pancaran yang menembak secara automatik. Dek tempur ini juga boleh berkhidmat sebagai antena radio bagi komunikasi medan perang sesama autobot. Dek tempur juga termasuk "Roller", sebuah kereta peninjau kecil yang ditugaskan meninjau dalam garisan musuh. Apabila Roller dikerahkan, Optimus boleh melihat dan mendengar apa yang Roller nampak dan dengar.[5] Kerosakkan pada satu komponen dirasai oleh satu sama lain. Jika dek tempur atau Roller dimusnahkan, Prime boleh hidup. Namun, walaupun autonomi mereka sedikit, dek tempur dan Roller tidak akan dapat terus hidup tanpa Optimus.

  1. ^ "Transformers: Prime on Prime". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-13. Dicapai pada 2010-10-12.
  2. ^ Lee, Chris (Spring 2014). Hero Complex, Los Angeles Times. p. 22
  3. ^ Furman, Simon (2004). Transformers: The Ultimate Guide. DK Publishing Inc. m/s. 18–19. ISBN 1-4053-0461-8.
  4. ^ "G1 Optimus Prime". Unicron.com Transformers Collector Site. Dicapai pada March 7, 2013.
  5. ^ "Transformers: The Many Looks of Optimus Prime". IGN. Dicapai pada 2010-10-12.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Furman, Simon (2004). Transformers: The Ultimate Guide. DK Publishing Inc. m/s. 110, 118. ISBN 1-4053-0461-8.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]