pH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan dalam istilah aktiviti hidrogen (H+) (sebenarnya, ion H+ tidak wujud; ia merupakan singkatan kepada ion hidroksonium H3O+). Namun untuk larutan cair, adalah lebih mudah/sesuai untuk menggantikan aktiviti ion hidrogen dengan kepekatan, kemolaran (mol/L) ion hidrogen itu (namun, ini tidak semestinya tepat untuk kepekatan tinggi [1][2]).

Pada tahun 1908, Sørensen menakrifkan pH sebagai

p\textrm{H}=-\log_{10}\left(a_{\textrm{H}^+}\right)

Kuantiti ini boleh dihubungkan kepada pemalar penceraian asid dengan

p\textrm{H}=pK_\textrm{a}+\log_{10}\left(\frac{a_{\textrm{A}^-}}{a_{\textrm{HA}}}\right)

yang mana A- ialah konjugat bes bagi HA.

Rujukan[sunting | sunting sumber]