Pergi ke kandungan

Padang Kelana Jaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Padang Rakyat Kelana Jaya di Kelana Jaya, Selangor mencetuskan kontroversi kerana wujud percanggahan dalam dokumen Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) yang diwartakan dan dokumen RPTJ2 dicetak Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Bantahan penduduk[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Jun 2012, Jawatankuasa Bertindak Padang Rakyat Kelana Jaya yang diwakili oleh Pengerusinya , Datuk Zul Mukshar Md Shaari. Setiausahanya, Ir Esham Salam cukup bimbang dengan situasi itu kerana kemudahan rakyat hendak diambil alih oleh pihak swasta bagi tujuan pembangunan komersial. Status kawasan padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu adalah pada dokumen RTPJ2 dicetak MBPJ yang dicetak dan diedar Februari 2012 berbeza dengan RTPJ2 diwartakan Kerajaan Selangor pada 13 Januari 2011.


Dokumen RTPJ2 di MBPJ jelas menunjukkan padang itu diwartakan sebagai tapak perniagaan dan perkhidmatan manakala dokumen sama di Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa Selangor menunjukkan kawasan itu diwartakan sebagai tanah lapang dan rekreasi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyiasat kesilapan itu. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendaklah menyiasat perkara itu demi hak penduduk Kelana Jaya. Penyiasatan dan penelitian isu itu perlu dijalankan oleh pihak berkuasa dan bukannya jawatankuasa kerajaan negeri Selangor.

Enam langkah yang patut diambil ialah dengan mengisytiharkan pembatalan pembangunan komersial di kawasan itu; PKNS membatalkan perjanjian usaha sama dengan pemaju projek dan ketiga mengembalikan status asal kawasan itu kepada padang permainan dan bangunan kelab.Kerajaan Negeri hendaklah menyerahkan kawasan itu kepada pihak berkuasa tempatan untuk kegunaan rakyat; mengisytihar kompleks sukan itu boleh diguna orang ramai dan bukannya kegunaan eksklusif; dan membangunkan prasarana untuk rakyat di sekitar kawasan itu seperti tadika dan perpustakaan sebagai pampasan kepada rakyat.

Rancangan Khas Kawasan (RKK) yang diedarkan pada Februari 2012 boleh menimbulkan wasangka kepada penduduk. Pembangunan perumahan kondominium 37 tingkat dan pusat komersial bernilai RM1.8 bilion itu di kawasan itu antara lain boleh menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di samping menarik kegiatan jenayah. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Padang PKNS: Penduduk harap SPRM siasat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-02. Dicapai pada 2012-06-02.