Padi teres

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teres Sawah Banaue di Filipina
Teres sawah berdekatan Kuil Gunung Kawi, Bali, Indonesia
Padi teres di Yunnan, China
Padi teres

Padi teres adalah teknik pertanian yang biasa diamalkan di Indonesia dan Filipina bagi menanam padi. Pesawah padi terpaksa berbuat demikian kerana keluasan tanah yang sempit, kecil dan amat bergantung kepada tenaga manusia, tidak ada jentera pembajak digunakan.

Muka bumi di pulau Sumatera, Jawa dan lain-lain tidak cukup rata untuk mengusahakan padi sawah secara rata terbentang. Pesawah bergantung kepada air sungai dan terusan kerana hanya terusan dan tali air yang kecil. Pesawah menggunakan sistem kincir air untuk mencedok air dari tali air ke dalam sawah. Kincir air diperkenalkan oleh pegawai Belanda semasa menjajah Indonesia.

Kedalaman air sawah ialah 12 cm, sesuai untuk padi sawah dan mengelakkan tikus makan benih padi. Tunggul padi akan mereput dan menjadi baja. Ikan-ikan kecil seperti sepat, keli dan haruan banyak hidup dalam sawah kerana tidak dicemari toksid baja urea dan racun rumpai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]