Pago Pago, Samoa Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan Pago Pago dari puncak Gunung Alava.
Pago Pago
Latar langit di Pago Pago
Paras 9 m (30 ft)
Populasi (2010)
 • Jumlah 64,000
Zon waktu Samoa Time Zone (UTC-11)
Laman web [1]
RAINMAKER HOTEL, PAGO PAGO, AMERICAN SAMOA.jpg

Pago Pago (Samoa: [Pano Pano]) adalah ibu kota Samoa Amerika. Pada tahun 2010, penduduknya adalah 64,500 orang. Bandar ini boleh dihubungkan oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Pago Pago. Pelancongan, hiburan, makanan laut, dan pengetinan tuna adalah industri utamanya.

Pago Pago adalah sebuah bandar dengan kejiranan separa bandar, bandar kecil ini mempunyai kilang pemprosesan tuna yang menyediakan pekerjaan kepada satu pertiga daripada penduduk Tutuila dan sebuah pelabuhan yang dikelilingi oleh cenuram yang dramatik, yang menjunam hampir lurus ke dalam laut. Pelancong suka mendaki ke puncak Gunung Alava di Taman Negara Amerika Samoa untuk melihat pemandangan luas pelabuhan dan kawasan bandar Pago Pago.