Paku langsuyar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paku langsuyar
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Daun Semun (bahasa Inggeris: Bird-nest Fern) atau Pokok Paku langsuir ialah satu spesies pakis dalam famili Dennstaedtiaceae yang berasal dari Asia Tenggara, Australia, India, dan Jepun. Pokok ini merupakan salah satu epifit (pokok tumpang) yang paling biasa di dalam hutan. Nama botaninya Asplenium nidus.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Daun Semun mempunyai batang pokok yang pendek dan bersisik. Digelarkan rizom, batang pokok ini mempunyai satu silara daun pada bahagian atasnya. Di bawah rizom itu terdapat serumpun akar dengan banyak akar rambut untuk mengumpul kelembapan daripada hujan atau udara yang lembap.

Daun atau pelepah Pokok Daun Semun adalah panjang sehingga 150 sentimeter atau lebih. Pada permukaan bawah daun terdapat alur-alur halus yang bercabang seperti jejari dan yang kelihatan seolah-olah vena. Alur-alur ini mengandungi spora yang kelihatan seolah-olah habuk perang.

Bahagian atas silara Pokok Daun Semun mengandungi satu lekukan di pusatnya untuk menangkap daun-daun yang luruh dari pokok-pokok yang lebih tinggi. Semasa daun ini semakin reput, bahan-bahan mati ini bersama-sama dengan akar-akar pokok ini, bertindak sebagai span untuk menyerap dan menyimpan air, khususnya selepas hujan lebat. Tumbuhan-tumbuhan lain, seperti paku-pakis yang lebih kecil dan pokok-pokok anggerik tumbuh dalam lekukan ini dan berkongsi air yang dikumpul.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.