Paleartik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kawasan cakupan Paleartik

Paleartik ialah salah satu daripada enam wilayah sebaran fauna dalam biogeografi. Wilayah Paleartik mencakupi bahagian belahan bumi timur dan bahagian utara yaitu Eropah dan utara Asia, termasuk Asia Tengah, Asia Timur dan Iran.  Selain Neartik, wilayah lainnya adalah Neotropik (Amerika Tengah dan Amerika Selatan), Neartik (Eropah dan utara Asia), Australis (Indonesia bagian timur dan Australia), Oriental (India, Asia Tenggara dan barat Indonesia barat) dan Ethiopia (Afrika dan Timur Tengah).  

Pembahagian ini dibuat oleh Alfred Russel Wallace dalam bukunya “The Geographical Distribution of Animals” yang diterbitkan pada tahun 1876. Setiap wilayah memiliki keunikan satwa sendiri-sendiri. Paleartik adalah wilayah yang terbesar dalam kalangan enam wilayah ini.

Haiwan di wilayah Paleartik misalnya adalah serigala, rubah, rusa, berang-berang panda, musang, tupai dan landak.

Meskipun kawasan Paleartik di Eropah dan Siberia ini dicirikan oleh tanaman dan spesies haiwan yang sama, ia memiliki kesamaan dengan daerah beriklim sedang dan boreal dari ekokawasan Neartik di Amerika Utara.  

Eropah dan Siberia dengan Amerika Utara pernah dihubungkan oleh sebuah jambatan darat di saat permukaan laut turun di Selat Bering pada zaman ais, dan sebagai hasilnya memiliki mamalia dan fauna burung yang serupa, dengan banyak spesies Paleartik yang pindah ke Amerika Utara (termasuk Beruang Coklat, Rusa Merah, Bison Amerika, dan Rusa Kutub), dan sebaliknya dari Amerika Utara ke wilayah Paleartik (misalnya adalah Unta).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Paleartik di Wikimedia Commons