Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2010 (DSA 2010) diadakan di PWTC, Kuala Lumpur,Malaysia pada 19 -22 April 2010. Ia disertai oleh 600 delegasi asing termasuk menteri-menteri pertahanan dan duta luar negara. Pameran melibatkan ratusan firma dari 30 negara serta dilawati oleh lebih 26,000 pelawat dari seluruh dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Malaysia membelanjakan RM10.4 bilion untuk mendapatkan kereta perisai beroda, kapal pengangkut pelbagai guna, pesawat tempur, kapal pengangkut generasi baru (NGPV) dan kapal frigat. Peralatan tentera ini bertujuan meningkatkan kredibiliti pertahanan negara terutama bagi menghadapi ancaman tidak konvensional seperti kegiatan pengganas.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]