Ahmad Zahid Hamidi
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi SJMK (Kel); SPSN (Prk); SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DUNM (Mel); DP (Swk); SPMP (Prk); PNBS (Swk); DPMK (Kel); DMSM (Mel); DPMP (Prk); PhD | |
---|---|
أحمد زاهد حميدي | |
![]() | |
Timbalan Perdana Menteri I | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 Berkhidmat dengan Dato' Sri Fadillah Yusof | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 9 Mei 2018 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah | |
Memegang jawatan 3 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() Pembangunan Luar Bandar |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P75 Bagan Datuk, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 25 April 1995 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Dato' Mohamed Jamrah - UMNO |
Majoriti | 14,830 (1995)
|
Pengerusi Barisan Nasional | |
Memegang jawatan 12 Mei 2018 | |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Presiden UMNO | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 12 Mei 2018 – 10 Mac 2019 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Dalam Negeri Malaysia | |
Dalam jawatan 16 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 9 April 2009 – 16 Mei 2013 | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Naib Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO mulai 27 Februari 2016 - 11 Mei 2018) | |
Dalam jawatan 2009–2018 Berkhidmat dengan Hishammuddin Hussein Mohd Shafie Apdal (2009-2016) | |
Didahului oleh | Mohd Ali Rustam Muhyiddin Yassin Muhammad Muhammad Taib |
Digantikan oleh | Ismail Sabri Yaakob Mahdzir Khalid Mohamed Khaled Nordin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ahmad Zahid bin Hamidi 4 Januari 1953 Bagan Datuk,PERAK |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Seri Hamidah Khamis |
Anak-anak |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Raden Ahmad Zahid bin Raden Hamidi (Jawi: أحمد زاهد حميدي; lahir 4 Januari 1953) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari 2015 sehingga 2018 dalam kerajaan Barisan Nasional bagi Perdana Menteri Najib Razak dan juga dalam kerajaan perpaduan bagi Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim sejak 2022. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dari 2013 sehingga 2018, dan sebelum itu berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga 2013.[1] Beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk di Perak dan merupakan presiden bagi parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Di awal kerjaya politiknya, Zahid merupakan Senator dan Pengerusi Bank Simpanan Nasional[2] sebelum menjadi ketua sayap belia UMNO.[3] Selepas pilihan raya 2004, Zahid menjadi Timbalan Menteri di bawah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi.[4] Semasa menjadi Timbalan Menteri, Zahid belajar dan dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia.[5] Selepas pilihan raya 2008, Zahid menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[6] Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada April 2009.[7] Zahid dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri pada 2013, menggantikan Hishamuddin Hussein. Hishamuddin mengambil jawatan Zahid sebagai Menteri Pertahanan.[8]
Pada 29 Julai 2015, Zahid dilantik sebagai timbalan perdana menteri selepas Muhyiddin Yassin digugurkan dari kabinet Najib ekoran kritikan Muhyiddin terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad.[9]
Pada 18 Oktober 2018, Zahid ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah pada hari berikutnya ke atas 45 tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan sejumlah RM114 juta (kira-kira AS$27.4 juta) dana Yayasan Akalbudi.[10] Pada 24 Januari 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.[11]
Kehidupan awal dan keluarga[sunting | sunting sumber]
Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953 di [Ponorogo]. Beliau merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak perempuan) dalam keluarganya.[12] Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia pada 1:40 pagi kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Selekoh, Bagan Datok.
Ibu mertuanya Allahyarhamah Salmah Yahya meninggal dunia di Hospital Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka pada 14 Februari 2011.
Pada 8 Ogos 2014, bapanya Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fateh, 90, disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 petang akibat jangkitan paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju. Solat jenazah di Wangsa Maju diimamkan oleh Sheikh Muhammad Idress Al-Mashrafe.[13]
Pada 22 Disember 2016, adik bongsunya, Ahmad Dzulfikri Hamidi disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak perempuan beliau, Nurul Hidayah Ahmad Zahid, merupakan pengacara rancangan TV dan terlibat dengan Rejimen Askar Wataniah sebagai sukarelawan.[14]
Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja Hamidah Khamis.
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976. Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in Marketing Communication. Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannnya kepada jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).[12]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dan pernah berkhidmat di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional (1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad. Pada tahun 1999 beliau menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).[13]
Politik[sunting | sunting sumber]
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Najib Razak semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.
Pilihan raya Malaysia[sunting | sunting sumber]
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau mengalahkan Asha'ri Marsom dari Semangat 46 di parlimen Bagan Datok atas tiket Barisan Nasional / UMNO. Beliau dilihat pemimpin muda yang berpotensi dari negeri Perak.
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arshad (PKR)
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 beliau menewaskan Ayyathurai Achutharaman (PKR)
- Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ahmad Zahid menang dengan mendapat undi sebanyak 13115. Calon lawan ialah Madzi bin Hasan dari PKR mendapat 10,423 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 70%. Undi rosak sebanyak 814.
Selepas itu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
Kontroversi[sunting | sunting sumber]
Saman undang-undang[sunting | sunting sumber]
Zahid didakwa menumbuk kekasih Nurul Hidayah Ahmad Zahid. (anak perempuan), Amir Bazli Abdullah pada 16 Januari 2006 di kelab rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor. Amir Bazli mengalami patah tulang hidung dan mata yang bengkak. Kes itu telah dijalankan di mahkamah sivil selama enam tahun sebelum perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.[14]
Kenyataan kontroversi[sunting | sunting sumber]
Tidak lama selepas perhimpunan Hitam 505 berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia kerana tuntutan penipuan dan manipulasi undi, beliau berkata rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem politik negara harus meninggalkan negara ini. Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat, meletakkan tanda tanya serius terhadap masa depan politiknya dalam masyarakat berbilang kaum.[15] Kenyataan ini dibuat selepas siri demonstrasi jalanan yang diketuai oleh parti pembangkang yang enggan menerima keputusan pemilihan umum Malaysia ke-13. Akta pertamanya sebagai Menteri Dalam Negeri adalah untuk memerintahkan penentangan terhadap pemimpin pembangkang dan pendapat, mendekrutnya dalam kontroversi yang lebih besar dengan undang-undang hasutan yang digunakan untuk cuba menindas suara parti pembangkang.[16]
Semasa ucapan di Melaka, Zahid telah merekodkan mengesahkan dasar polis "menembak untuk membunuh" ketika menangkap penjenayah berbahaya,[17] termasuk sokongan kumpulan samseng tertentu.[18][19][20]
Caj rasuah[sunting | sunting sumber]
Pada 18 Oktober 2018, Zahid ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan didakwa di mahkamah pada hari berikutnya ke atas 45 tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram yang melibatkan sejumlah RM114 juta (kira-kira AS$27.4 juta) dana Yayasan Akalbudi.[21][22] Pada 14 Disember 2018, dia didakwa dengan satu lagi kesalahan CBT, yang melibatkan RM10 juta.[23] Pada 20 Februari 2019, Zahid sekali lagi dikenakan caj tambahan CBT, yang melibatkan RM260,000.[24][25]
Pada 26 Jun 2019, Zahid menjadi subjek 7 dakwaan rasuah yang membabitkan $4.2 juta (RM12.8 juta) yang didakwa diterima daripada pengendali sistem visa asing (VLN) berjumlah RM42.76 juta di bawah kemampuannya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.[26] Pada keesokan harinya, dia menghadapi 33 lagi caj berjumlah RM42.76 juta melibatkan sistem VLN dua tahun sebelum ini.[27] Tuduhan terbaru membawa jumlah caj tertunggak kepada 87.[28][29][30]
Pada 24 Januari 2022, Mahkamah Tinggi memerintahkan Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Zahid yang juga pengasas yayasan terbabit.[31][32][33][34][35]
Sokong petisyen pengampunan Najib[sunting | sunting sumber]
Pada 27 Ogos 2022, dalam ucapan kepada ahli Umno pada taklimat khas, Zahid berkata, parti itu akan menganjurkan kempen petisyen untuk mendesak agar Najib diberikan pengampunan diraja.[36] Ahli Parlimen Klang Charles Anthony Santiago berkata pemberian pengampunan diraja kepada Najib yang dipenjarakan seolah-olah mempermainkan badan kehakiman.[37]
Pilihan raya dan banjir[sunting | sunting sumber]
Pada 17 September 2022, Zahid berkata jika PRU15 diadakan tahun ini, BN sanggup meredah banjir dan hujan lebat. Beliau menyifatkan isyarat yang diberikan ahli parti supaya PRU15 diadakan dalam masa terdekat ini adalah jelas dan nyata.[38]
Bagaimanapun, ucapannya itu mengundang kecaman pelbagai pihak terutama pemimpin parti lawan, antaranya Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, yang menyifatkan pilihan raya ketika musim banjir akan menyusahkan orang ramai dan perbelanjaan agensi kerajaan. Malah, katanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengeluarkan dana yang lebih besar untuk menangani pemilihan terutama di kawasan berisiko banjir.[39][40]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kerajaan | Undian | Prts | Pembangkang | Undian | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,646 | 86.24% | Asha'ri Marsom (S46) | 2,816 | 13.76% | 21,937 | 14,830 | 62.02% | ||
1999 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 12,938 | 60.86% | Mohamad Dahalan Arhsad (PKR) | 8,321 | 39.14% | 22,164 | 4,617 | 60.24% | ||
2004 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,049 | 79.08% | Ayyathurai Achutharaman (PKR) | 4,510 | 20.92% | 22,690 | 12,539 | 66.38% | ||
2008 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 13,115 | 55.72% | Madzi Hasan (PKR) | 10,423 | 44.28% | 24,414 | 2,692 | 70.42% | ||
2013 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 17,176 | 53.27% | Madhi Hasan (PKR) | 15,068 | 46.73% | 33,069 | 2,108 | 82.83% | ||
2018 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 18,909 | 40.0% | ||||||||
Pakhrurrazi Arshad (PKR) | 13,836 | 29.2% | 37,620 | 5,073 | 79.9% | ||||||
Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) | 4,061 | 8.6% | |||||||||
2022 | Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) | 16,578 | 39.61% | ||||||||
Shamsul Iskandar Md. Akin (PKR) | 16,230 | 38.78% | 41,856 | 348 | 71.94% | ||||||
Muhammad Faiz Na'aman (BERSATU) | 8,822 | 21.08% | |||||||||
Tawfik Ismail (Bebas) | 226 | 0.54% |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Ahmad Zahid bin Hamidi, Y.B. Dato' Seri Dr". Parlimen Malaysia. Dicapai pada 17 June 2010.
- ^ "Yadim sets up holding firm to diversify". New Straits Times. 17 November 1994. Dicapai pada 7 January 2010.
- ^ "Forget differences, says new Youth leader". New Straits Times. 10 October 1996. Dicapai pada 7 January 2010.[pautan mati kekal]
- ^ "More tourism offices to open". The Star (Malaysia). 4 April 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-30. Dicapai pada 7 January 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Zahid Hamidi Conferred PhD". Bernama. 25 February 2008. Dicapai pada 7 January 2010.
- ^ Leoi Leoi, Sim (27 March 2008). "Shape up or ship out, Islamic officers told". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-04. Dicapai pada 7 January 2010. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Welfare Main Focus of New Defence Minister". Bernama. 13 April 2009. Dicapai pada 7 January 2010.
- ^ "Najib announces the new cabinet line-up (Updated)", New Straits Times, 15 May 2013. Retrieved on 16 May 2013.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-07. Dicapai pada 2017-06-18.
- ^ Zahid slapped with 45 charges for CBT, receiving gratification, money laundering
- ^ Zahid ordered to answer 47 charges in Yayasan Akalbudi corruption case
- ^ "Zahid gets his PhD at UPM". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 December 2020. Dicapai pada 10 December 2020.
- ^ "Dato Seri' Ahmad Zahid Hamidi". umno-online.my.
- ^ "Businessman withdraws civil suit against Zahid Hamidi- Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-08-07.
- ^ "New Malaysian home minister tells unhappy Malaysians to emigrate". Straits Times. Dicapai pada 23 November 2013.
- ^ Boo, Su-Lyn. "DAP slams Zahid's 'arrogance and contempt' for unhappy Malaysians". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 June 2013. Dicapai pada 23 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Tam, Michelle (7 October 2013). "Zahid Hamidi slammed for alleged 'shoot first' and gangster 'friends' remarks – Nation". The Star. Dicapai pada 23 November 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "'Zahid should quit and join Tiga Line'". Free Malaysia Today (Letters from readers). 8 October 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-08. Dicapai pada 23 November 2013. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Zachariah, Elizabeth. "Did you really defend Tiga Line gang, Guan Eng asks Zahid". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 October 2013. Dicapai pada 23 November 2013. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Carry on, Zahid tells 'Tiga Line' dons". Malaysiakini. 7 October 2013. Dicapai pada 23 November 2013.
- ^ "Zahid arrested by MACC". The Star Online. Dicapai pada 2018-10-20.
- ^ "Zahid Hamidi faces 45 charges of CBT, bribery, money-laundering". The Sun Daily. Dicapai pada 2018-10-20.
- ^ Maizatul Nazlina (14 December 2018). "Zahid Hamidi charged with another CBT offence, involving RM10mil". The Star Online. Dicapai pada 14 December 2018.
- ^ Rahmat Khairulrijal (20 February 2019). "Yayasan Akalbudi fund: Zahid faces another CBT charge involving RM260,000". New Straits Times. Dicapai pada 20 February 2019.
- ^ "Zahid's case transferred to High Court". Bernama. The Star Online. 28 February 2019. Dicapai pada 28 February 2019.
- ^ Nurbaiti Hamdan (26 June 2019). "Zahid slapped with seven more graft charges, making it 54 in total (Updated)". The Star Online. Dicapai pada 27 June 2019.
- ^ Rahmat Khairulrijal (27 June 2019). "Zahid slapped with another 33 graft charges [NSTTV]". New Straits Times. Dicapai pada 27 June 2019.
- ^ Nurbaiti Hamdan (27 June 2019). "Zahid now facing highest number of charges". The Star Online. Dicapai pada 18 June 2019.
- ^ Hafiz Yatim (27 June 2019). "Millions in kickbacks from foreign visa system operator". The Edge Financial Daily. Dicapai pada 27 June 2019.
- ^ Jessica Lin (27 June 2019). "Malaysia's former deputy prime minister is facing 87 charges – more than twice as many as Najib". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-20. Dicapai pada 27 June 2019.
- ^ Zahid ordered to enter defence on 47 charges of corruption
- ^ Zahid ordered to enter defence over corruption, CBT and money laundering charges [NSTTV]
- ^ Court rules ex-DPM Zahid has to enter defence over 47 charges in CBT, bribery, money laundering trial
- ^ Yayasan Akalbudi: High Court orders Zahid to enter defence for all 47 charges in trial
- ^ UMNO president Ahmad Zahid ordered to enter defence on corruption, money laundering charges
- ^ Sokong petisyen pengampunan Najib – Ahmad Zahid
- ^ Pengampunan untuk Najib seolah-olah mempermainkan badan kehakiman, kata Santiago
- ^ 'BN sanggup redah banjir, hujan lebat demi PRU15' - Zahid Hamidi
- ^ Tidak perlu terburu-buru bubar Parlimen: Mohamad Sabu
- ^ Adakan PRU ketika musim banjir susahkan rakyat, kata Mat Sabu
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 17 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ^ https://election.thestar.com.my/perak.html
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ahmad Zahid Hamidi |
- Laman rasmi UMNO
- Ahmad Zahid Hamidi di Facebook
- Ahmad Zahid Hamidi di Instagram
- Ahmad Zahid Hamidi di Telegram
- Ahmad Zahid Hamidi di TikTok
- Ahmad Zahid Hamidi di Twitter
- Ahmad Zahid Hamidi di YouTube
Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia 29-Jul-2015 - 10-Mei-2018 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin |
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail |
- Kelahiran 1953
- Orang hidup
- Orang Malaysia berketurunan Jawa
- Orang dari Perak
- Alumni Universiti Putra Malaysia
- Muslim Malaysia
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Timbalan Perdana Menteri Malaysia
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia
- Menteri Pertahanan Malaysia
- Menteri Dalam Negeri Malaysia
- Menteri hal ehwal Islam Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-12
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14
- Penerima Darjah Utama Negeri Melaka
- Ketua Pergerakan Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15