Panenka (sepakan penalti)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam istilah sukan bola sepak, panenka merujuk kepada sebuah teknik dalam sepakan penalti di mana si algojo, melambungkan bola dengan sentuhan ringan atau membidik sampai mengenai tiang gawang. Beberapa media menjuluki gaya sepakan penalti ini sebagai cucchiaio (dari bahasa Itali bermakna sudu bufet).[1] Di beberapa negara lain seperti Brazil dan Argentina, panenka popular disebut sebagai cavadinha ("lubang kecil") dan penal picado ("penalti yang mentujah").

Panenka paling mahsyur digalakkan oleh pemain Czech, Antonín Panenka semasa pentas akhir UEFA Euro 1976 di Belgrade. Pada perlawanan itu, Panenka menjaringkan gol dari sepakan melambung yang rapuh ke gawang pasukan kebangsaan Jerman Barat Sepp Maier. Penjaga gol yang terkenal pada dekad 70an itu tidak menyangka bahawa penendang daripada penentang melakukan sebuah sepakan sederhana boleh menembus pertahanannya. Bersama dengan sepakanya, Panenka menjulangkan piala untuk pasukan kebangsaan Czechoslovakia.[2][3]

Karim Benzema, penyerang tengah Real Madrid berjaya menjaringkan "panenka" semasa menentang Manchester City pada separuh akhir Liga Juara-Juara UEFA 2021-22

Teknik ini mendapat pengakuan dan pujian sebagai salah satu jenis sepakan yang mengagumkan tetapi rapuh. Panenka jarang sekali digalakkan oleh seorang pemain ketika sebuah kelab/pasukan telah masuk ke peringkat kalah mati kejohanan profesional. Begitu susahnya menjaringkan sepakan penalti dengan panenka, sampai pada satu wawancara seorang wartawan sukan mengatakan bahawa seorang pemain akan lebih mudah menjaringkan gol dengan bola knuckle di perlawanan UEFA Euro daripada panenka.[4][5]

Pada awalnya Panenka menamai sepakan ikoniknya yang liar tetapi rapuh itu dengan nama Vršovický dloubák — sempena kepada daerah Vršovice, tempat Panenka pernah berkhidmat dahulu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Il rigore di Panenka" (dalam bahasa Itali). Storie di Calcio. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 May 2016. Dicapai pada 9 May 2016.
  2. ^ "The footballers who have moves named after them". TheGuardian.com. 31 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-02. Dicapai pada 2010-11-14.
  3. ^ "Antonin Panenka - the footballer Pele described as "either a genius or a madman"". 20 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-09. Dicapai pada 2010-11-14.
  4. ^ "Euro 2012: Pirlo's courage to kick a penalty like Panenka helped Italy's 4-2 win over England". The Star. 25 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-17. Dicapai pada 2017-09-07.
  5. ^ "Andrea Pirlo explains THAT Panenka penalty which bamboozled Joe Hart at Euro 2012". The Mirror. 15 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-14. Dicapai pada 2018-04-04.