Sepp Maier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sepp Maier
Sepp Maier, 1978.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Josef Dieter Maier
Tarikh lahir (1944-02-28) 28 Februari 1944 (umur 76)
Tempat lahir Metten, Jerman
Ketinggian 1.85 m (6 ka ​ 1316 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Kerjaya remaja
1952–1959 TSV Haar
1959–1962 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1962–1980 Bayern Munich 536 (0)
Pasukan kebangsaan
1961–1962 Jerman Barat Belia 11 (0)
1963 Jerman Barat Amatur 4 (0)
1966–1979 Jerman Barat 95 (0)
Pasukan diurus
1988–2004 Jerman (jurulatih penjaga gol)
1994–2008 Bayern Munich (jurulatih penjaga gol)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Josef Dieter "Sepp" Maier (lahir 28 Februari 1944) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman yang beraksi di posisi penjaga gol. Maier dianggap salah satu penjaga gol terhebat Jerman dan membawa pasukan Jerman Barat bergelar juara dunia pada tahun 1974.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Maier menghabiskan seluruh kariernya di kelab Bayern Munich. Beliau mula bermain untuk pasukan remaja Bayern pada tahun 1958.[1] Ketika era 1970an, beliau sebahagian daripada pasukan legenda Bayern dibintangi Franz Beckenbauer dan Gerd Müller yang meraih tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut, sebuah rekod Jerman. Antara tahun 1966 dan 1979, beliau beraksi 442 perlawanan Bundesliga berturut-turut, satu rekod kebangsaan Jerman.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Maier telah dipilih ke dalam skuad Jerman Barat dalam empat edisi Piala Dunia berturut-turut. Dalam saingan Piala Dunia 1966, beliau tidak membuat sebarang kemunculan dan hanya menjadi sandaran kepada penjaga gol pertama Jerman, Hans Tilkowski. Pada kejohanan Piala Dunia 1970 di Mexico, beliau beraksi kesemua perlawanan Jerman kecuali pada perlawanan penentuan tempat ketiga.[2]

Pada kejohanan Piala Dunia 1974 di negara tanah airnya, beliau beraksi dalam sebuah pasukan legenda yang dibintangi Franz Beckenbauer, Berti Vogts, Gerd Müller dan Paul Breitner. Kejayaan terbesar mereka apabila menewaskan Belanda yang dibintangi Johan Cruyff 2-1 pada perlawanan akhir di Munich.

Empat tahun kemudian dalam kejohanan Piala Dunia di Argentina, Maier menghasilkan prestasi yang baik tetapi tidak dapat menghalang pasukannya gagal untuk mara melepasi pusingan kedua. Selain itu, Maier menjuarai Euro 1972 bersama Jerman Barat dan mara ke perlawanan akhir pada edisi 1976 namun tewas kepada Czechoslovakia dalam penentuan penalti. Secara keseluruhannya, beliau telah beraksi dalam 95 kemunculan antarabangsa untuk pasukan negaranya.

Kerjaya selepas bersara[sunting | sunting sumber]

Maier menceburi bidang kejurulatihan untuk peringkat kelab dan antarabangsa dan menjadi mentor kepada Oliver Kahn. Pada Oktober 2004, kontraknya bersama pasukan kebangsaan Jerman ditamatkan oleh pengurus Jürgen Klinsmann selepas Maier tidak berpuas hati pemilihan Kahn sebagai penjaga gol utama pasukan berbanding Jens Lehmann. Beliau meneruskan kerjanya sebagai ketua jurulatih penjaga gol untuk Bayern sehinggalah bersara pada tahun 2008.[3]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Lain[nb 2] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman Barat Bayern Munich 1962–63 4 0 1 0 5 0
1963–64 23 0 6 0 29 0
1964–65 36 0 6 0 42 0
1965–66 31 0 6 0 37 0
1966–67 34 0 5 0 9 0 48 0
1967–68 34 0 4 0 8 0 46 0
1968–69 34 0 6 0 40 0
1969–70 34 0 1 0 2 0 37 0
1970–71 34 0 9 0 8 0 51 0
1971–72 34 0 5 0 8 0 47 0
1972–73 34 0 5 0 5 0 44 0
1973–74 34 0 4 0 10 0 48 0
1974–75 34 0 3 0 7 0 44 0
1975–76 34 0 7 0 11 0 52 0
1976–77 34 0 4 0 8 0 2 0 48 0
1977–78 34 0 3 0 6 0 43 0
1978–79 34 0 1 0 35 0
Jumlah 536 0 63 0 83 0 14 0 696 0
Jumlah kerjaya 536 0 63 0 83 0 14 0 696 0

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Jerman Barat
Tahun Kmncln Gol
1966 3 0
1967 4 0
1968 5 0
1969 6 0
1970 9 0
1971 8 0
1972 7 0
1973 5 0
1974 12 0
1975 6 0
1976 6 0
1977 8 0
1978 12 0
1979 4 0
Jumlah 95 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich[4]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman Barat[5]

Individu[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Termasuk Piala Super UEFA
  2. ^ Termasuk Piala Antara Benua dan play-off ke Bundesliga

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bayern Hall of Fame: Sepp Maier". fcbayern.de. Dicapai pada 27 May 2012.
  2. ^ Sepp Maier – Rekod persaingan FIFA
  3. ^ "Bayern board honours Hitzfeld, Kahn and co". fcbayern.de. 17 May 2008. Dicapai pada 27 May 2012.
  4. ^ name="Honours">"Germany's champion and comical keeper". FIFA. Dicapai pada 16 July 2015.
  5. ^ name="Honours"
  6. ^ name="Honours"
  7. ^ name="Honours"
  8. ^ name="Honours"
Kedudukan sukan
Didahului oleh
Franz Beckenbauer
Kapten Bayern Munich
1977–1979
Diikuti oleh:
Gerd Müller
Didahului oleh
Hans-Hubert Vogts
Kapten Jerman Barat
1978–1979
Diikuti oleh:
Bernard Dietz