Pergi ke kandungan

Panggung Bandaraya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panggung Bandaraya DBKL ialah ssalah satu tempat besejarah yang terdapat di Kuala Lumpur, Malaysia. Panggung Bandaraya ni terletak bertentangan dengan Dataran Merdeka dihadapan arca periuk kera. Ia terletak bertentangan juga dengan simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja. Ia dibina pada tahu 1896 dan siap pada tahun 1904.

Asalnya teater ini bertempat di pejabat bangunan bagi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang lama atau lokasi panggung sekarang. Ia telah direka oleh arkitek koloial British pada ketika itu Arthur Benison Hubback, dimana beliau juga bertanggungjawab untuk mereka Stesen Keretapi Kuala Lumpur, dan Masjid Jamek Kuala Lumpur, serta beberapa struktur kolonial lain di Lembah Klang. Tujuan asal pembinaan Panggung Bandaraya adalah untuk menempatkan teater dan studio penghasilan muzik dan nyanyian.

Pemeliharaan warisan

[sunting | sunting sumber]

Panggung Bandaraya telah digazetkan secara rasmi sebagai bangunan warisan Kuala Lumpur menurut Akta Antikuiti, maka struktur arsitektur Moorish dan Mongul juga akan turut dipelihara.

Namun pada tahun 1992 bahagian interior panggung ini pernah dimusnahkan untuk tujuan perekaan dan pembangunan reka bentuk warisan semula. Pembinaan semula bangunan warisan ini ini telah meyebabkan perubahan dan modifikasi kepada peralatan, perabot dan penambah baikkan sistem suara elektroniknya. Namun kini panggung ini jarang digunakan untuk tujuan acara-acara sambutan peringkat wilayah persekutuan mahupun acara nasional, berikutan panggung dan dewan baru banyak terdapat di Kuala Lumpur dan saiznya berganda-ganda lebih besar, luas dan fasiliti yang lebih moden dan lengkap.

Persembahan

[sunting | sunting sumber]

Panggung Bandaraya merupakan pentas berprestij yang seringkali menampilkan persembahan-persembahan hebat dari dalam dan luar negara. Ia sering dihadiri oleh para kenamaan dan juga adakalanya dibuka secara percuma kepada orang ramai.

Untuk merujuk senarai pementasan di Panggung Bandaraya, sila lihat Senarai pementasan Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 3°9′1″N 101°41′42″E / 3.15028°N 101.69500°E / 3.15028; 101.69500