Jalan Tun Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jalan Tun Perak
Mountbatten Road
Persimpangan utama
Hujung baratJalan Tuanku Abdul Rahman
 Jalan Parlimen
Jalan Raja Laut
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Hujung timurBulatan Pudu Sentral
Lokasi
Destinasi
utama
Masjid Jamek
Sistem lebuhraya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Tun Perak dahulunya Jalan Mountbatten (1961–1981) Mountbatten Road (1946–1961) dan Java Street (1889–1946) adalah jalan utama di Kuala Lumpur, Malaysia. Jalan ini merupakan antara jalan yang tertua di pusat bandar Kuala Lumpur.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sementara kaum Cina menetap di sebelah timur kuala Sungai Gombak dan Klang, orang Melayu menetap di utara kuala sungai. Justeru, penamaan Java Street (atau Jalan Jawa) dan Malay Street (kini Jalan Melayu) berdekatan. Kongsi Boyan (tempat kediaman perkauman) pernah terletak di sepanjang Jalan Jawa dan di utara jalan itu terdapat sebuah kampung yang dipanggil sebagai Kampong Rawa. Jalan pendek berhampiran tanah perkuburan Melayu itu, di mana Masjid Jamek kini berdiri, berkembang menjadi salah satu jalan perniagaan paling sibuk di bandar ini pada awal abad ke-20, mungkin menyaingi Petaling Street ketika itu. Sementara Petaling Street memenuhi keperluan Cina, Jalan Jawa menjadi syurga membeli-belah untuk orang Eropah yang, pada tahun-tahun awal Kuala Lumpur, juga melakukan membeli-belah mereka di Market Street (kini Leboh Pasar Besar).[1]

Walaupun begitu, The Malay Mail melaporkan pada 25 November 1903 yang:

Jalan Jawa tidak mempunyai banyak benda untuk dilihat, sebenarnya ia telah dipanggil setinggan bagi kawasan miskin syurga tempatan, namun ia bukanlah jalan tiada aktiviti; di sana berkumpulnya sejumlah besar kedai orang tempatan yang, dengan melihat dari orang ramai secara berterusan di sekitar jalan, pasti perniagaannya amat bagus.

[1]

Jalan Jawa kemudiannya dinamakan Mountbatten Road sempena Laksamana Armada Louis Francis Albert Victor Nicholas Mountbatten, Earl Mountbatten Pertama Burma sekitar tahun 1946 dan kedai-kedai mewah seperti Robinson’s, Whiteaways Laidlaw, John Little dan Gian Singh beroperasi di sana. Hari-hari Krismas menjadi agak meriah kerana seluruh jalan itu dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan bermacam perhiasan. Lama kelamaan, popularitinya sebagai kawasan membeli-belah merosot. Robinson’s ditutup dan bangunan megah telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada Bank Perdagangan Bumiputra. Whiteaways dan rumah kedai yang bersebelahan juga mengalah kepada pemodenan. Ketika menurunnya perniagaan di Jalan Mountbatten, keadaan berbeza pula di jirannya Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang menjadi lubuk emas di Kuala Lumpur. [1]

Pada 1981, Jalan Mountbatten dinamakan semula sebagai Jalan Tun Perak dalam usaha kerajaan menasionalisasikan nama-nama jalan daripada nama-nama Inggeris kepada nama berunsurkan sejarah tempatan.

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

km Keluar Persimpangan Ke Catatan
BARAT
JALAN PARLIMEN (Club Road)
Bangunan Parlimen Malaysia
Taman Tasik Perdana
Tugu Negara
Jalan Duta
CH-Hinweissignal-Autobahn.svg Mes-e23.png Damansara
JALAN LINGKARAN DALAM KUALA LUMPUR
Jalan Kuching
Ipoh
Jalan Kinabalu
Seremban
JALAN PARLIMEN
JALAN TUN PERAK
Jalan Raja Laut UTARA SAHAJA
JALAN RAJA LAUT
Jalan Sultan Ismail
KLCC
Jalan Ipoh
Jalan Pahang
Simpang empat
SELATAN SAHAJA
JALAN RAJA
Dataran Merdeka
Bangunan Sultan Abdul Samad
Muzium Sejarah Nasional
Dayabumi
Jalan Sultan Hishamuddin
Simpang empat
Catatan:
Ditutup untuk lalu lintas dari 7 malam hingga 5 pagi pada hujung minggu
Ditutup untuk lalu lintas jika ada acara-acara khas
Bangunan CIMB
Menara OCBC
Wisma Kraftangan
Jalan Melayu JALAN MELAYU
Masjid Jamek
Stesen LRT Masjid Jamek
Jambatan Sungai Klang
Laluan Ampang
Laluan Sri Petaling
Laluan Kelana Jaya
Jalan Benteng JALAN BENTENG
Leboh Ampang TIMUR LAUT
LEBOH AMPANG (Ampang Street)
Jalan Ampang
Jalan Dang Wangi
KLCC
Simpang empat
Jalan Tun HS Lee SELATAN
JALAN TUN HS LEE
Petaling Street
Jalan Cheng Lock
Simpang empat
Jalan Raja Chulan TIMUR LAUT
JALAN RAJA CHULAN (Weld Road)
Jalan P Ramlee
Jalan Bukit Bintang
Muzium Telekom
Menara Kuala Lumpur
Leboh Pudu LEBOH PUDU
Sinar Kota
Menara Maybank
JALAN TUN PERAK
BULATAN PUDU SENTRAL TIMUR
JALAN PUDU
Pudu Sentral
Jalan Hang Tuah (IRR)
Cheras
CH-Hinweissignal-Autobahn.svg Mes-e2.png Seremban

BARAT DAYA
JALAN CHENG LOCK (Foch Avenue)
Petaling Street
Jalan Tun Sambanthan
Simpang empat

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Insider's Kuala Lumpur (3rd Edition). Is No Ordinary Travel Guide. Open Your Eyes to the Soul of the City (Not Just the Twin Towers...) (dalam bahasa (Inggeris)) (edisi 3). Marshall Cavendish International Asia Pte Ltd. 2011-03-11.