Pangkalan pengetahuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pangkalan pengetahuan (bahasa Inggeris: knowledge base) adalah suatu jenis pangkalan data yang dipergunakan untuk pengurusan pengetahuan. Pangkalan data ini menyediakan kemudahan untuk koleksi, penyusunan, dan dapatan semula pengetahuan berkomputer. Hal terpenting dari sebuah pangkalan pengetahuan adalah banyak maklumat yang dikandungnya. Pangkalan pengetahuan yang terbaik mempunyai rencana-rencana yang ditulis dengan baik dan dijaga untuk selalu mutakhir, mempunyai sistem turun (mesin carian) yang baik, serta format kandungan dan struktur klasifikasi yang direka dengan teliti.