Pengetahuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pengetahuan (bahasa Inggeris:Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, pengetahuan mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Biasanya, pengetahuan adalah hasil daripada kajian terhadap sesuatu perkara. Dalam hal ini, pengetahuan sendiri juga boleh menjadi sasaran kajian dan menghasilkan apa yang dikenali sebagai "pengetahuan mengenai pengetahuan", yakni epistemologi. Dalam hal ini, kajian mengenai pengetahuan lebih dikenali sebagai sains maklumat dalam dunia kepustakawanan.

Pengetahuan merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman. Pengetahuan adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

Pengetahuan mengikut Prof Rr. Syed Naquib al Atas "sesuatu yg sampai ke dalam diri insan dan memberi makna dalam kehidupan". Prof Dr Hassan Langgulung pula, "pengetahuan sesuatu yang sampai ke dalam diri menjadi tahu yang asalnya tidak tahu". Ahli falsafah Socrates pula berkata "pengetahuan adalah suatu pengetahuan yang benar". Plato pula kata "pengetahuan adalah pengetahun yang tepat". Kong Fu Zie (Confucius) kata pula "pengetahuan adalah suatu pengalaman yg pasti". Guru Nanak pula kata "pengetahuan adalah amalan yang bermakna dan berguna". Imam al Ghazali menjelaskan "pengetahuan adalah pengetahuan yang sistematik, benar dan meyakinkan". Itulah sedikit tentang pentakrifan pengetahuan yang dibaca.

Beza pengetahuan dan maklumat: pengetahuan pasti benar dan maklumat belum pasti benar. Pengetahuan wajib disebar kerana ada kebenaran. Maklumat hanya boleh disebar jika dipastikan kebenarannya. Jika belum pasti benar disebar juga itu maklumat yg tidak benar dan jadi fitnah. Penyebar pengetahuan dapat pahala dan penyebar maklumat belum tentu dapat pahala, jika salah dapat dosa lagi, jika maklumat salah disebar juga lalu dipercayai orang maka si penyebar maklumat perlu minta maaf kepada semua org kalau tidak dosanya tak akan terampun. Ini pendapat Imam al Ghazali.

Sumber pengetahuan adalah dari al Quran dan Hadis sahih. Tak perlu diselidik lagi kerana kedua2nya sumber yg benar. Alam juga adalah sumber pengetahuan tetapi perlu dikaji dan diselidik dahulu kebenarannya baru menjadi pengetahuan. Sebab itu penemuan alam dikatakan teori kerana kadang-kadang boleh berubah lagi jika ada penemuan yg baru pula.

Tujuan pengetahuan adalah untuk dijadikan pedoman dan panduan yg boleh diguna bagi meneruskan kehidupan manusia. Jika digunakan utk mencari redha Allah maka kebenaranlah yg kita dapat dan sebaliknya jika disalah guna maka Allah tak redha. Inilah peraturan alam yg dikenali sebagai hukum Allah.

Ciri-ciri ilmu[sunting | sunting sumber]

Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman, dan juga perasaan. Tetapi pada masa yang sama, ilmu adalah berbeza dengan perkara-perkara ini dan ciri-cirinya adalah seperti berikut:

  • Ilmu boleh dipertuturkan
    Ciri ini membezakan ilmu dengan perasaan dan pengalaman. Contohnya, sesetengah "pengalaman diri" seperti mimpi adalah sukar dipertuturkan melalui bahasa. Tetapi bagi ilmu, ia haruslah sesuatu yang dapat dipertuturkan melalui bahasa.
  • Ilmu mempunyai nilai kebenaran
    Sesuatu yang digelar sebagai ilmu biasanya dianggap benar. Ciri ini membezakan pengucapan ilmu dengan pengucapan sasastera yang biasanya mengandungi unsur-unsur tahayul.
  • Ilmu adalah objektif
    Ciri ini bermaksud bahawa ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat diubah menurut keinginan ataupun kesukaan seseorang individu.
  • Ilmu diperolehi melalui kajian
    Ilmu adalah hasil daripada kajian. Ia bukanlah sesuatu rekaan. Ilmu mengenai cara memeroleh ilmu itu dikenali sebagai perkaedahan penyelidikan ilmiah
  • Ilmu Sentiasa berkembang
    Ilmu adalah sentiasa berada dalam proses pertambahan, pemantapan dan penyempurnaan.

Penjenisan ilmu[sunting | sunting sumber]

Ilmu boleh dibahagikan kepada beberapa jenis menurut kriteria yang tertentu. Pada masa kini, ilmu lazimnya dibahagi kepada 3 kategori yang besar yakni:

Penjenisan ilmu dengan cara ini adalah diterima oleh masyarakat umum. Dalam penjenisan ini, sains tabii mewakili bidang ilmiah yang mengkaji benda-benda fizikal semula jadi, yakni benda-benda yang bukan dicipta oleh manusia. Manakala sains sosial pula merupakan bidang ilmiah yang mengkaji masyarakat manusia yang merupakan sesuatu yang terbina oleh manusia sendiri tetapi pada masa yang sama juga merupakan sesuatu yang objektif kepada manusia. Manakala sains kemanusiaan pula, adalah mengkaji perkara-perkara yang dicipta oleh kreativiti manusia semata-mata.

Pengkelompokan ilmu kepada 3 kelompok seperti apa yang dilakukan di atas , merupakan klasifikasi ilmu yang dibuat oleh Universiti Harvard pada tahun 1928. Di samping klasifikasi ilmu ini, terdapat juga sarjana yang membuat klasifikasi ilmu dengan cara sendiri, contohnya Philip Phoenix telah membahagikan ilmu kepada 6 pola yakni:

  1. Simbolik
    Contoh: Matematik, Bahasa
  2. Empiriks
    Contoh: Fizik, Kimia, Biologi
  3. Estetik
    Contoh: Seni, Muzik
  4. Etik
    Contoh: Moral
  5. Sinetik
    Contoh: Pengetahuan Individu
  6. Sinoptik
    Contoh: Sejarah, Agama, Falsafah

Pautan luar[sunting | sunting sumber]