Pantai Padang Pak Amat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pantai Kuala Pak Amat di Pantai Sabak di Kota Bharu merupakan tapak pertempuran bersejarah yang pertama di Malaya antara tentera British dan Jepun pada 8 Disember 1941, hanya sejam sebelum berlakunya serangan ke atas Pearl Harbor yang terkenal itu.Pertempuran itu turut meyaksikan penengelaman kapal Jepun semasa pertempuran yang pertama, iaitu kapal pengangkut IJN Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi semua saiz yang ditenggelamkan semasa Perang Dunia II.

Pihak British telahpun membina Kubu Pantai Sabak sebagai persediaan sebarang serangan dari arah laut bagi melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa yang berhampiran. Ini disebabkan kedudukannya yang terletak di bahagian utara Tanah Melayu agak berdekatan dengan Siam dan Vietnam di mana pasukan musuh dijangka akan mara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]