Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan
KetuaMegawati Soekarnoputri
(sejak 1999) (ketua umum)
Hasto Kristiyanto (setiausaha agung)
Diasaskan10 Januari 1973; 47 tahun yang lalu (1973-01-10) (klaim sebagai pengganti PDI)
1 Februari 1999 (sebagai PDI-P)
Ibu pejabatJalan Diponegoro No. 58, Menteng, Jakarta Pusat
IdeologiPancasila
Marhaenisme
Liberalisme[1]
Tapak web
www.pdi-perjuangan.or.id

Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) adalah salah satu parti politik di Indonesia. ditubuhkan pada tarikh 10 Januari 1973 dengan nama sebelumnya Parti Demokrasi Indonesia (PDI) melalui penggabungan paksa lima parti politik bukan-Islam semasa regim Order Baru, bertukar nama menjadi Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) pada tarikh 1 Februari 1999.

Pembentukan PDI-P dapat dikaitkan dengan Peristiwa 27 Julai 1996 yang menyebabkan kemunculan Megawati Soekarnoputri daripada kancah politik kebangsaan. Walaupun sebelum peristiwa ini, Megawati tercatat sebagai Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia dan anggota Suruhanjaya I DPR, namanya dikenal diseluruh Indonesia setelah peristiwa itu.

PDI-P menyertai Pilihan raya umum 1999. Dalam pilihan raya umum ini, PDI-P memperoleh peringkat pertama untuk suara DPR dengan memperoleh 151 kerusi. Walaupun demikian, PDI-P gagal melantik Megawati ke jawatan presiden, kerana beliau kalah undi dalam Persidangan Umum MPR 1999 kepada Abdurrahman Wahid. Oleh sebab itu, Megawati menduduki kerusi timbalan presiden. Setelah Abdurrahman Wahid turun daripada jabatan presiden pada tahun 2001, PDI-P menempatkan Megawati ke jawatan presiden.

Dalam Pilihan raya Dewan Undangan 2004, perolehan suara PDI-P turun ke peringkat kedua, dengan 109 kerusi. Untuk Pemilihan Presiden 2004, PDI-P kembali mencalonkan Megawati sebagai calon presiden, berpasangan dengan KH Hasyim Muzadi sebagai calon timbalan presiden.[2] Pada pilihan raya tahun 2014 PDI-P menduduki peringkat teratas parti dan berhasil mencalonkan Joko Widodo sebagai presiden republik Indonesia, Joko Widodo menang dengan majoriti 53.15%.[3] PDI-P juga meneruskan momentum kemenangan pada Pilihan Raya Indonesia 2019 dengan Joko Widodo sekali lagi menewaskan Prabowo Subianto dengan jumlah 55.5% majoriti.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dewan Liberal dan Demokrat Asia (2016). "Indonesian Democratic Party of Struggle". cald.org (dalam bahasa Inggeris). CALD. Dicapai pada 19 Agustus 2019. Periksa date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ "Analisis Di Sebalik Perjalanan Demokrasi Dan Pilpres Indonesia" Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 September 2019
  3. ^ "Jokowi Menang Tipis Presiden Indonesia" Mstar. Dicapai pada 30 September 2019
  4. ^ "Jokowi Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia" Kosmo. Dicapai pada 30 September 2019