Parti Rakyat Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Parti Rakyat Pakistan
پاکستان پیپلز پارٹی
PemimpinBilawal Bhutto Zardari dan Asif Ali Zardari
Ditubuhkan1967
Ibu pejabatCentral Secretariat
Parliament Lodges
Islamabad, Pakistan
IdeologiDemokrasi sosial
Penggabungan antarabangsaSosialis Antarabangsa
Laman sesawang
www.ppp.org.pk

Parti Rakyat Pakistan (Inggeris: Pakistan Peoples Party, Urdu: پاکستان پیپلز پارٹی): ialah sebuah parti politik bersayap tengah-kiri di Pakistan yang bergabung dengan pertubuhan Sosialis Antarabangsa. Pengerusinya yang lalu ialah Benazir Bhutto yang dibunuh pada 27 Disember 2007.

Parti ini ditubuhkan pada 30 November 1967 dan Zulfikar Ali Bhutto menjadi pengerusinya yang pertama. Pegangan parti ini ialah: "Islam keimanan kita; demokrasi politik kita; sosialisme ekonomi kita; segala kuasa untuk rakyat."

Parti Rakyat Pakistan diangap sebagai parti yang lebih liberal dari parti-parti politik yang lain dan terkenal sebagai parti yang berjuang untuk hak wanita dan hak untuk orang-orang miskin, kaum minoriti dan golongan mereka yang ditindas.

Sokongan untuk parti ini berpusat di wilayah selatan Sindh. Ia juga menerima sokongan kuat dari mereka yang berasal dari wilayah Punjab.

Tokoh-tokoh utama[sunting | sunting sumber]

Zulfikar Ali Bhutto adalah pengasas dan pengerusi pertama Parti Rakyat Pakistan. Isterinya, Nusrat Bhutto mengambil alih suaminya sebagai pengerusi dan memegang jawatan tersebut[1] hingga ke tahun 80an. Apabila Nusrat Bhutto menghidapi penyakit barah pada 1982, beliau telah ke luar Pakistan untuk berubat dan berada di luar negara untuk beberapa tahun. Pada waktu itu juga, anak perempuannya, Benazir Bhutto, dijadikan pemangku ketua parti walaupun ibunya masih secara rasmi tetap pengerusi parti[2]. Pada lewat tahun 80an, Benazir Bhutto diisytiharkan sebagai pengerusi sepanjang hayat, dan beliau memgang jawatan tersebut sehingga pembunuhannya pada Disember 2007[3]. Selepas insiden tersebut, anak lelakinya, Bilawal Bhutto Zardari dan suaminya Asif Ali Zardari dilantik sebagai pengerusi bersama parti itu pada 30 Disember, 2007.[4]

Pengerusi
  1. Zulfikar Ali Bhutto (1967-1979)
  2. Nusrat Bhutto (1979-1983)
  3. Benazir Bhutto (1983-2007)
  4. Bilawal Bhutto Zardari dan Asif Ali Zardari (2007-hingga kini)

Pilihan Umum[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan PARTI PERTUBUHAN KEBANGSAAN WARISAN KETUANAN MELAYU MALAYSIA pada hari 06 JUNE 1964 (SEBUAH PARTI TERBESAR DI MALAYSIA (UMNO)(BARISAN NASIONAL) DAN MALAY-UNION CENTRE SDN BERHAD PARTI ORGANISASI KERAJAAN PERSEKUTUAN WILAYAH KUALA LUMPUR

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) Reuters News Agency, "Pakistan rally halted before march begins", Globe and Mail, 29 Ogos 1983
  2. ^ (Inggeris) Hall, Carla, "The April of Her Freedom Five Years Later, Benazir Bhutto's Plea for Pakistan", Washington Post, 4 April 1984
  3. ^ Musharraf’s Political Future Appears Troubled, New York Times, David Rohde, 28 Disember 2007
  4. ^ "Bhutto's son, husband to be co-leaders of party". Reuters. Dicapai pada 2007-12-30.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]