Parti Rakyat Punjab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Infobox Indian political party Parti Rakyat Punjab ( PPP ) merupakah satu parti politik India yang berpangkalan di Punjab, yang diasaskan oleh seorang yang dihormati iaitu Manpreet Singh Badal pada bulan Mac tahun 2011. [1] Selepas perselisihan faham dengan Ketua Menteri dan bapa saudara sendiri Parkash Singh Badal, Manpreet meletakkan jawatannya iaitu Menteri Kewangan Punjab, dan kemudiannya, daripada keahlian DUN . [2] Pada 2016, Manpreet mengumumkan penggabungan parti dengan Kongres Kebangsaan India selepas bertemu dengan naib presiden parti Rahul Gandhi . [3] [4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Parti Rakyat Punjab ( PPP ) mempunyai kewujudan yang begitu singkat masanya. Selepas penubuhannya pada bulan Mac tahun 2011, parti tersebut bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Punjab 2012 . Berikutan prestasi yang tidak memberangsangkan pada tahun 2012, parti tersebut memutuskan bagi membubarkan struktur organisasi pada tahun 2014 dan membuat percubaan demi meremajakan parti. [5] Parti tersebut menjalin pakatan bersama Kongres Kebangsaan India bagi bertanding dalam pilihan raya umum India 2014 dengan Manpreet bertanding di kerusi Parlimen Bathinda [6] [7] menentang Harsimrat Kaur Badal . Pada tahun 2015 pula, pada tengah-tengah spekulasi bahawa akan bergabung dengan Parti Aam Aadmi, PPP menafikan cakap-cakap mengenai penggabungannya. [8] Kemudian, pada tahun 2016, parti tersebut dibubarkan serta bergabung dengan Kongres Kebangsaan India . [9]

Pilihan Raya Negeri Punjab 2012[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri pada tahun 2012 merupakan pilihan raya yang pertama ditandingi parti itu. Pilihan raya ini bersekutu dengan Parti Komunis India (Marxist), Parti Komunis India dan Shiromani Akali Dal (Longowal) dalam kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Sanjha Morcha . [10] [11] Badal merupakan calon menteri besar gabungan pada masa itu.

Sanjha Morcha tidak dapat berjaya menangi satu pun kerusi yang telah ditandinginya walaupun memperoleh bahagian anggaran 6% daripada jumlah undian.

Ideologi[sunting | sunting sumber]

Bukan seperti Shiromani Akali Dal yang mana Manpreet Singh Badal bersama kebanyakan pengikutnya datang, PPP mengekalkan jarak dari hal ehwal politik Sikh, sambil bertujuan bagi muncul sebagai sekular [12] alternatif hadapan dalam politik Punjab, sejajar dengan pelbagai parti kiri. .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Manpreet Badal floats new political party". NDTV. 28 March 2011. Dicapai pada 21 February 2020.
  2. ^ "Manpreet Badal Resigns as MLA, to Float New Party". Outlook. 26 March 2011. Dicapai pada 21 February 2020.
  3. ^ "Manpreet Badal's People's Party of Punjab merges with Congress". The Indian Express. 15 January 2016.
  4. ^ "Manpreet meets Rahul Gandhi in Delhi, to merge PPP with Cong today". 15 January 2016. Dicapai pada 21 February 2020.
  5. ^ "PPP dismantles structure, to rebuild for 2017". Hindustan Times. 30 June 2014. Dicapai pada 21 February 2020.
  6. ^ "Congress joins hands with Badal's nephew in Punjab". India TV. 11 March 2014. Dicapai pada 21 February 2020.
  7. ^ "Congress-People's Party of Punjab enter into alliance". The Economic Times. 11 March 2014. Dicapai pada 21 February 2020.
  8. ^ "Won't join Aam Aadmi: Manpreet". The Tribune. 13 February 2015. Dicapai pada 21 February 2020.
  9. ^ "Manpreet Singh Badal's PPP merges with Congress". Business Standard. 15 January 2016. Dicapai pada 21 February 2020.
  10. ^ "Next stop for Morcha: Poll pact with BSP". The Indian Express. 18 October 2011. Dicapai pada 21 February 2020.
  11. ^ "Sanjha Morcha blows poll bugle, says Manpreet is CM candidate". The Indian Express. 18 October 2011. Dicapai pada 6 January 2012.
  12. ^ "Final shape to Third Front likely on Tuesday". 24 February 2014. Dicapai pada 21 February 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Sikh politicsTemplat:Indian political parties