Pilihan raya umum India 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum India 2014

← 2009 7 April – 12 Mei 2014

Kesemua 5435kerusi di Lok Sabha
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Narendra Modi Rahul Gandhi
Parti NDA UPA
Kerusi pemimpin Vadodara,Varanasi Amethi
Pilihan raya
lepas
18.80%, 116 seats 28.55%, 206 seats
Kerusi yang
dimenangi
336 59
Perubahan kerusi 177 203
Undian popular 171,459,286 106,760,001
Peratusan 31.1%, 6.47% 19.4%; 17.82%

Keputusan Pilihan Raya

PM sebelum pilihan raya

Manmohan Singh(Bersara)
UPA

Bakal PM

Narendra Modi
Parti Bharatiya Janata

{{Politik India}

Pilihan raya umum India 2014 telah diadakan untuk membentuk Lok Sabha(Parlimen) yang ke-16 Lok Sabha. Rkayat India memilih ahli-ahli parlimen untuk semua 543 kawasan Parlimen di India. Berjalan di sembilan fasa dari 7 April-12 Mei 2014, ini adalah pilihan raya yang paling lama dalam sejarah negara. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya India, pilihan raya pada tahun 2014 adalah yang terbesar di dunia dengan 814.5 juta pengundi berdaftar. Manmohan Singh tidak bertanding untuk mengekalkan jawatan Perdana Menterinya.

Keputusan pilihan raya telah diisytiharkan pada 16 Mei, lima belas hari sebelum Lok Sabha yang ke-15 melengkapkan mandat perlembagaannya pada 31 Mei 2014.Pengundian undi telah diadakan di 989 pusa-pusat pengiraan undi. Perikatan Demokratik Kebangsaan muncul sebagai gabungan majoriti, memenangi 336 kerusi dan Parti Bharatiya Janata sebagai parti terbesar memenangi 282 kerusi. Perikatan Progresif Bersatu memenangi 59 kerusi, dimana 49 kerusi daripadanya ialah milik parti Kongres Kebangsaan India. Pilihan Raya kali ini merupakan rekod terburuk bagi parti Kongres Kebangsaan India dalam sejarah politik India.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Dengan keperluan perlembagaan, pilihan raya Lok Sabha mesti diadakan pada selang lima tahun atau apabila parlimen dibubarkan oleh presiden. Pilihan raya sebelum ini, untuk Lok Sabha yang k3-15, telah dijalankan pada bulan April-Mei 2009, dan tempohnya secara semula jadi akan tamat pada 31 Mei 2014. Pilihan raya Lok Sbha yangke-16 telah dianjurkan dan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India (ECI) dan telah diadakan mengikut beberapa fasa.

Sejak pilihan raya umum lepas pada tahun 2009, gerakan anti-rasuah oleh Anna Hazare, Baba Ramdev dan Arvind Kejriwal telah mempengaruhi politik India. Semasa Pilihan raya Presiden 2012, wakil Kongres Kebangsaan India Pranab Mukherjee dipilih menjadi presiden India. Pemisahan Telagana dari Andra Pradesh untuk membentuk negeri baru juga memberi impak dalam pilihan raya kali ini.

Sesi terakhir Parlimen bermula pada 6 Februari dan berakhir pada 21 Februari. Antara agenda dalam sesi yang terakhir telah lulus ini Lokpal dan Lokayuktas Rang Undang-Undang, 2013 dalam menangani rasuah dan pembentukan Telangana sebagai sebuah negeri baru.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Had Perbelanjaan[sunting | sunting sumber]

Kabinet India menghadkan had perbelanjaan pilihan raya oleh calon untuk Pilihan Raya Parlimen untuk 7 juta Ruppe di negeri-negeri yang lebih besar dan untuk 5.4 juta Ruppe di negeri-negeri yang lebih kecil dan semua wilayah kesatuan kecuali Delhi.

Tarikh Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Pesuruhjaya Pilihan Raya India (CEC), VS Sampath mengumumkan jadual mengundi pada 5 Mac.pengundian telah dijadualkan berlangsung di sembilan fasa dari 7 April-12 Mei, dan keputusan pilihan raya diumumkan pada 16 Mei. Pilihan raya serentak telah diadakan bagi pilihan raya negeri untuk negeri Andhra Pradesh, Arunachal Pradesh, Odisha and Sikkim.

Parti dan Perikatan[sunting | sunting sumber]

Perikatan Demokratik Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Perikatan Demokratik kebangsaan merupakan sebuah perikatan yang terdiri daripada 22 parti politik. Parti Bharatiya Janata merupakan parti terbesar dalam perikatan ini. Perikatan ini diketuai oleh Narendra Modhi.

Perikatan Progresif Bersatu[sunting | sunting sumber]

Perikatan Progresif Bersatu terdiri daripada 12 buah parti dan diterajui oleh Rahul Gandhi dari parti Kongres Kebangsaan India. Kongres Kebangsaan India merupakan parti terbesar dalam perikatan ini.

Lain-lain parti[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah parti-parti politik yang bertanding di India dan tidak bergambung dengan mana-mana perikatan.

  • Aam Aadmi Party
    • Berikutan kemenangan dalam Pilihan Raya Dun Dehli , Aam Aadmi Parti bertanding dalam 424 kawasan pilihan raya di India
  • All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
    • Parti terbesar dari Tamil Nadu ini mengambil keputusan untuk tidak bergabung dalam mana-mana perikatan dan oleh itu akan bertanding semua kerusi di Tamil Nadu dengan sendiri. Presiden parti,Jayalalitha memberitahu perhimpunan pada bulan Mac bahawa dia akan memodenkan angkatan tentera dengan meningkatkan keupayaan mereka supaya mereka setanding dengan kuasa-kuasa besar. Parti ini juga mengkritik Kerajaan sebelum pilihan raya yang ditadbir oleh Perikatan Progresif Bersatu.
  • All India Forward Bloc
  • Bahujan Samaj Party
  • Pari Komunis India
  • Dravida Munnetra Kazhagam
    • Seperti All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam, DMK juga tidak bergabung dalam mana-mana perikatan dan mengambil keputusan untuk bertanding di Tamil Nadu bersendirian.
  • Janata Dal
  • Parti Nasional Maharasta
  • Nav Bharat Democratic Party
  • Samajwadi Party
  • Sikkim Democratic Front
  • Trinamool Congress
  • YSR Congress Party

Barisan Ketiga[sunting | sunting sumber]

Barisan Ketiga terdiri daripada 13 buah parti politik

Keputusan[sunting | sunting sumber]

336 147 60
NDA Lain-lain parti UPA
ParTI BJP INC ADMK All India Trinamool Congress Bahujan Samaj Party Samajwadi Party Aam Aadmi Party
Leader Narendra Modi Rahul Gandhi Jayalalithaa Mamata Banerjee Mayawati Mulayam Singh Yadav Arvind Kejriwal
Undi 31.0%,171637684 19.3%,106935311 3.3%,18115825 3.8%,21259681 4.1%,22944841 3.8%,21259681 2.0%,959681
Kerusi 282 (51.9%) 44 (8.1%) 37 (6.8%) 34 (6.2%) 0 (0.0%) 5 (0.9%) 4 (0.9%)[2]
282 / 427
44 / 462
37 / 40
34 / 40
0 / 85
5 / 93
4 / 434

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "EC defers Mizoram poll date on Bru voters issue". The Times of India. Press Trust of India. 8 April 2014. Dicapai pada 8 April 2014.
  2. ^ economictimes.indiatimes.com/news/politics-and-nation/election-results-2014-aap-arvind-kejriwal-fail-to-move-from-delhi-to-india/articleshow/35221913.cms