Pergi ke kandungan

Patin Kemboja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Patin kemboja)

Basa
Kepala patin Kemboja
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Siluriformes
Keluarga: Pangasiidae
Genus: Pangasius
Nama binomial
Pangasius bocourti
Sauvage, 1880

Patin Kemboja (Pangasius bocourti), turut dikenali sebagai patin lawang,[2] ialah spesies ikan bermisai dalam keluarga Pangasiidae. Patin Kemboja berasal dari lembangan Mekong dan Chao Phraya di Tanah Besar Asia Tenggara.[3] Ikan ini penting sebagai sumber makanan dan turut ditemukan di pasaran antarabangsa.

Ia kerap dilabel sebagai "basa fish", "swai"[4] atau "bocourti" di Amerika Utara dan Australia.[5] Di Eropah, ikan ini dikenali sebagai "pangasius" atau "panga".[6] Di pasaran Asia pula, nama untuk patin Kemboja termasuk "Pacific dory"[7] dan "patin".[8] Patin terdekat lain yang boleh disalah label sebagai "basa fish" termasuk P. hypophthalmus (patin Siam) dan P. pangasius (patin biasa).

Penerangan

[sunting | sunting sumber]

Tubuh patin Kemboja gempal dan berat. Kepala bulatnya lebih lebar daripada panjang tubuh, dengan muncung tumpul berjalur putih pada domol. Spesies ini membesar hingga panjang maksimum 120 sentimeter (47 in).[9]

Patin Kemboja makan tumbuhan. Ia bertelur pada awal musim banjir dengan anaknya mula dilihat pada bulan Jun, sepanjang sekitar 5 sentimeter (2.0 in) pada pertengahan Jun.[10]

  1. Vidthayanon, C. (2012). "Pangasius bocourti". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2012: e.T180848A1669669. doi:10.2305/IUCN.UK.2012-1.RLTS.T180848A1669669.en.
  2. Azlina, Z.M.; Daud, S.K.; Siraj, S.S.b; Aliabadian, M.; Moghaddam, F.Y. (2013). "Molecular phylogeny of Malaysian Pangasiid based on cytochrome C oxidase I (COI) DNA sequences". Iranian Journal of Animal Biosystematics (IJAB). Universiti Putra Malaysia. 9 (1): 17-28. ISSN 1735-434X.
  3. Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2012). "Pangasius bocourti" di FishBase. versi Februari 2012.
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "sfbm20090131"
  5. "CFIA Fish List". Canadian Food Inspection Agency. 7 Julai 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2012. Dicapai pada 30 Jun 2011.
  6. "Vietnam catfish farmers angered by French reports". Monsters and Critics. 19 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 31 Januari 2009.
  7. "Are you getting the fish you paid for?". 2 Jun 2016.
  8. "Patin Steak – the Seafood Market Place by Song Fish".
  9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Fishbase3"
  10. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Fishbase2"