Paul Powell (pengarah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Paul Powell
Paul Powell - Dec 1922 ETR.jpg
Powell, 1922
KelahiranPaul Mahlon Powell
(1881-09-06)6 September 1881
Peoria, Illinois, A.S.
Meninggal dunia2 Julai 1944(1944-07-02) (umur 62)
Pasadena, California, A.S.
Nama lainPaul M. Powell
Pusat pendidikanBradley Polytechnic Institute
PekerjaanWartawan, pengarah, penerbit, penulis skrip, pelakon
Tahun aktif1914–1930
PasanganValerie Smith (k. 1903–1944)
Anak1

Paul Mahlon Powell (6 September 1881 – 2 Julai 1944) merupakan wartawan, pengarah filem, penerbit filem, penulis skrip dan pelakon yang aktif ketika era filem senyap. Beliau terkenal menerusi filem Pollyanna (1920) arahan beliau yang dilakonkan oleh Mary Pickford.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sebelum terlibat dalam dunia perfileman, Powell menjadi wartawan kepada Chicago Tribune dan Los Angeles Express pada awal 1900-an sebelum berhenti kerja pada tahun 1910. Beliau telah menjadi pembantu pengarah dan penulis skrip untuk Wilbert Melville sebelum diambil oleh D. W. Griffith untuk menjadi pengarah kepada filem-filem Mutual Film Corporation pada tahun 1914. Dua tahun kemudian, Griffith melantik Powell untuk mengarahkan filem cetera untuk Triangle-Fine Arts Film Corporation. Ketika bersama Triangle-Fine Arts, Powell mengarahkan sebuah filem adaptasi dari novel Pollyanna (1913) yang dibintangi oleh Mary Pickford dan filem itu mendapat sambutan yang hebat.[1][2]

Filem terakhir Powell Pathé Exchange.

Powell meninggal dunia di Pasadena, California pada 2 Julai 1944.[3] Beliau meninggalkan seorang balu, Valerie Smith (yang dikahwininya pada tahun 1903), dan seorang anak perempuan, Janice.

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fischer, Lucy, penyunting (2009). American Cinema of the 1920s: Themes and Variations. Rutgers University Press. m/s. 38. ISBN 0-813-54485-8. 
  2. ^ Forster, Merna (2004). 100 Canadian Heroines: Famous and Forgotten Faces. Dundurn Press. m/s. 206. ISBN 1-459-71431-8. 
  3. ^ Slide, Anthony (1980). The Kindergarten Of the Movies: A History Of the Fine Arts Company. Scarecrow Press. m/s. 157. ISBN 0-810-81358-0. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]