Pedisel (botani)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buah manggis dengan tampuk yang pendek.

Pedisel, tampuk atau tangkai bunga ialah bahagian tangkai yang mencantumkan bunga tunggal pada perbungaan.[1][2][3] Perbungaan tersebut akan digambarkan berpedisel atau pediselat.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Pedisel atau tampuk merujuk pada struktur yang menyambungkan bunga tunggal pada perbungaannya. Bunga yang ketiadaan tampuk akan disebut sesil.[4] Tampuk ini turut dipakai pada tangkai perbuahan.[2] Perkataan "pedisel" (daripada Inggeris pedicel), berasal daripada Latin pediculus, bermaksud "kaki kecil".[5] Dahan atau tangkai batang teras perbungaannya yang memegang sekumpulan tampuk pula disebut pedunkel.[6] Tampuk ini boleh dikaitkan dengan pengasuh bunga.[7]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "pedicel". Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. ^ a b "tampuk". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Farish Noor; Eddin Khoo (2012). Spirit of Wood: The Art of Malay Woodcarving (dalam bahasa Inggeris). Tuttle Publisher. m/s. 129, 134. ISBN 9781462906772.
  4. ^ Hickey, M.; King, C. (2001). The Cambridge Illustrated Glossary of Botanical Terms. Cambridge University Press.
  5. ^ Walter William Skeat (1898). An Etymological Dictionary of the English Language (ed. 3). Clarendon Press. m/s. 430.
  6. ^ Chris Bird, penyunting (2014). The Fundamentals of Horticulture: Theory and Practice. Cambridge University Press. m/s. 136. ISBN 9781107782549.
  7. ^ EB 2019.