Pelaksanaan bahasa pengaturcaraan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pelaksanaan bahasa pengaturcaraan ialah sistem untuk melakukan program yang di tulis dalam sesuatu bahasa pengaturcaraan.

Terdapat dua pendekatan umum kepada pelaksanaan bahasa pengaturcaraan:

  • Pentafsiran: Pentafsir mengambil program sebagai input dalam sesetengah bahasa kemudian membuat tindakan tertulis dalam bahasa tersebut ke atas sesetengah mesin.
  • Penyusunan: Penyusun mengambil sesebuah program sebagai input dalam sesetengah bahasa, kemudian menterjemah program tersebut kepada bahasa yang lain, yang mana mungkin menjadi input kepada pentafsir atau penyusun lain.

Penyusun secara dasarnya tidak secara terus melakukan sesebuah program. Dalam menggunakan penyusunan untuk melakukan sesebuah program, program tersebut perlu terlebih dahulu diterjemahkan kepada satu bentuk yang membolehkan ia diterima sebagai input bagi sebuah pentafsir.

Apabila sebuah perkakasan boleh mentafsir suatu bahasa pengaturcaraan secara lansung, bahasa tersebut dipanggil kod mesin. Sebuah penyusun kod asli adalah penyusun yang mengkompil program kepada kod mesin.

Terdapat banyak gabungan pentafsiran dan penyusunan yang mungkin, dan banyak pelaksanaan bahasa pengaturcaraan moden yang menggabungkan kedua-duanya. Sebagai contoh, Smalltalk pada kebiasaannya dilaksanakan dengan penyusunan kepada kod bait, yang kemudiannya sama ada ditafsir atau disusun oleh mesin maya. Strategi pelaksanaan ini telah digunakan oleh banyak bahasa sejak Smalltalk merintisnya dalam era 1970-an dan 1980-an.


Soft Eng logo Rencana berkaitan bahasa komputer ini adalah sebuah rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.