Perkakasan komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Komputer peribadi yang serba lengkap
Pencetak Canon

Perkakasan komputer atau peranti komputer merujuk kepada bahagian-bahagian fizikal[1] membentuk suatu unit komputer yang lengkap berbanding dengan perisian yang berupa arahan atau maklumat yang dilaksanakan untuk menjanakan kerja. Bahagian-bahagian yang "keras" ini dipasangkan litar elektronik dan adakala juga bahan mekanikal.[1]

Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

Senarai perkakasan yang ada[sunting | sunting sumber]

Komputer peribadi yang tipikal mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:

Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 64. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]