Pelanggaran kereta api Semnan–Damghan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelanggaran kereta api Semnan–Damghan
Map
Butiran
Tarikh25 November 2016 Sunting ini di Wikidata
Koordinat35°37′60″N 54°2′34″E Sunting ini di Wikidata
NegaraIran Sunting ini di Wikidata
Jenis insidenKemalangan kereta api Sunting ini di Wikidata
Perangkaan
Meninggal dunia49 Sunting ini di Wikidata
Tercedera103 Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Dua buah kereta api telah bertembung di laluan utama di Wilayah Semnan di antara Semnan dan Damghan, Iran pada 20 November 2016, yang mengakibatkan 49 orang maut dan 103 yang lain cedera.[1] Terdapat kesulitan dalam operasi menyelamat dilaporkan disebabkan lokasi insiden yang terpencil iaitu 4 km dari stesen berdekatan, Haft-Khan,[2] dam kerana hanya sebuah helikopter mampu tiba dengan pantas di kawasan kemalangan bagi membantu operasi menyelamat.[3] Kemalangan ini merupakan kemalangan kereta api yang paling teruk pernah berlaku di Iran selepas tragedi kereta api Nishapur pada tahun 2004.

Dua buah kereta api telah bertembung di laluan utama di Wilayah Semnan di antara Semnan dan Damghan, Iran pada 20 November 2016, yang mengakibatkan 49 orang maut dan 103 yang lain cedera.[4] Terdapat kesulitan dalam operasi menyelamat dilaporkan disebabkan lokasi insiden yang terpencil iaitu 4 km dari stesen berdekatan, Haft-Khan,[5] dam kerana hanya sebuah helikopter mampu tiba dengan pantas di kawasan kemalangan bagi membantu operasi menyelamat.[6] Kemalangan ini merupakan kemalangan kereta api yang paling teruk pernah berlaku di Iran selepas tragedi kereta api Nishapur pada tahun 2004.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Kemalangan ini berlaku apabila sebuah kereta api ekspres dari Tabriz ke Mashhad berhenti kerana mengalami masalah yang berkaitan dengan musim sejuk di antara Semnan dan Damghan. Kereta api ekspres kedua, dari Semnan ke Mashhad, telah diarahkan untuk dihentikan oleh petugas, dan isyarat menjadi merah. Namun, masalah timbul apabila petugas operator bertukar shif dengan petugas yang lain sebelum masalah kereta api pertama diselesaikan. Pada ketika itu, kereta api kedua meminta kebenaran untuk meneruskan perjalanannya dan diluluskan oleh petugas baru. Kereta api kedua telah bergerak laju, kemudiannya merempuh belakang kereta api pertama. Pelanggaran ini telah mengakibatkan empat gerabak tergelincir dengan dua daripanya terbakar. 47 orang penumpang dan krew dari kedua-dua buah kereta api dilaporkan mati, manakala lebih daripada 100 orang dilaporkan cedera.[7][8][9] Mereka yang cedera dibawa ke hospital di Semnan dan Damghan.[8][10][11]

Selepas kejadian[sunting | sunting sumber]

Gabenor Azerbaijan Timur, di mana kebanyakan mangsa berasal, telah mengumumkan hari berkabung untuk memberi penghormatan kepada mata.[12] Presiden Iran pula mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa dan mengarahkan siasatan dilakukan untuk mengetahui punca kemalangan itu berlaku.[13] Laluan kereta api dari Tehran ke Mashhad telah ditutup bagi tujuan penyiasatan.[14]

Pada 27 November, Pengarah Urusan Kereta Api Republik Islam Iran, Mohsen Pourseyyed Aqaei mengumumkan peletakan jawatan, dan memohon maaf kepada semua atas insiden tersebut.[15]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Deadly train crash in Iran prompts resignation, arrests". Al-Monitor.
  2. ^ "Google Maps". Dicapai pada 2 December 2016.
  3. ^ Eric DuVall (November 25, 2016). "Train crash in rural Iran kills dozens". United Press International. Dicapai pada November 25, 2016.
  4. ^ "Deadly train crash in Iran prompts resignation, arrests". Al-Monitor.
  5. ^ "Google Maps". Dicapai pada 2 December 2016.
  6. ^ Eric DuVall (November 25, 2016). "Train crash in rural Iran kills dozens". United Press International. Dicapai pada November 25, 2016.
  7. ^ "Two trains collide in north-central Iran, kill 36". PressTV. Dicapai pada 25 November 2016.
  8. ^ a b "Iran train crash in Semnan province kills at least 31". BBC News Online. Dicapai pada 25 November 2016.
  9. ^ "Several reported killed in Iran train collision". Al Arabiya. Al Arabiya Network. 25 November 2016. Dicapai pada 25 November 2016.
  10. ^ "Iran State TV: Death Toll in Train Collision Increases to 36". The New York Times. Dicapai pada 25 November 2016.
  11. ^ "Passenger trains collide in Iran, 44 killed: official". Reuters. Dicapai pada 25 November 2016.
  12. ^ "یک روز عزای عمومی در آذربایجان شرقی اعلام شد" (dalam bahasa Persian). Mehr News. Dicapai pada 25 November 2016. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ Naseer Karimi (November 25, 2016). "Iran: Death Toll in Train Collision Rises to 43". ABC News. Dicapai pada November 25, 2016.
  14. ^ "At least 44 dead, 103 injured as trains collide in Iran". Dawn News. November 25, 2016. Dicapai pada November 25, 2016.
  15. ^ "Tasnim News Agency - Iran's Railroad Chief Resigns over Fatal Train Crash".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Media berkenaan Semnan–Damghan train collision di Wikimedia Commons