Peleraian imej

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Perbandingan imej sama dengan resolusi semakin menaik hasil bertambahnya bilangan piksel dibahagikan menajamkan gambar

Peleraian atau resolusi imej/gambar adalah rincian menunjukkan tahap ketajaman, kejelasan atau kehalusan rupa bentuk sesebuah gambar (yakni, "leraian imej/gambar") yang tampil atau dipersembahkan dalam suatu paparan terutamanya imej digital.[1][2]

Jenis resolusi[sunting | sunting sumber]

Pengiraan piksel[sunting | sunting sumber]

Tahap ketajaman imej boleh ditentukan ini berdasarkan kiraan piksel-piksel mengufuk dan mendatar yang dapat dibahagikan daripada bidang paparan yang mana ketajaman paparan meningkat dengan jumlah piksel yang dapat dibahagikan atau "dileraikan".[1][3][2]

Sebagai contoh, suatu imej berukuran lebar 2048 piksel dan tinggi 1536 piksel mempunyai jumlah keseluruhan dikira seperti berikut:

2048 (lebar) × 1536 (tinggi) = 3,145,728 piksel atau 3.1 megapiksel

Imej beresolusi 2048 × 1536 3.1 megapiksel ini akan menjadi bermutu rendah (72ppi) jika ia dicetak dalam ruang selebar sekitar 2.85 inci (7.2 cm) tetapi bermutu tinggi (300ppi) jika dicetak selebar sekitar 7 inci (18 cm).

Resolusi ruang (spatial resolution)[sunting | sunting sumber]

Resolusi ruang mengukur seberapa dekat suatu garis yang dapat ditampilkan serta dibezakan baik dengan garis-garis yang lainnya. Resolusi ini sangat dipengaruhi dari sistem yang menghasilkan imej atau gambar tersebut. Sebagai contoh:

  • gambar pertama: sebanyak 640 piksel lebar kali 480 piksel tinggi/0.3 megapiksel dengan resolusi ruang sebanyak 100 garis.
  • gambar kedua: sebanyak 1280 piksel lebar kali 960 piksel tinggi/1.3 megapiksel dengan resolusi ruang sebanyak 72 garis.

Maka, dapat disimpulkan bahawa gambar pertama memiliki mutu gambar yang lebih halus, jernih dan terperinci berbanding dengan gambar kedua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "peleraian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 46. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ a b Mohd. Aizaini Maarof (1996). Teknologi Maklumat Siri I : Sistem Komputer dan Perisian. Skudai, Johor Darul Takzim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. m/s. 50. ISBN 983-52-0346-6.
  3. ^ Muhammad Mun'im Ahmad Zabidi (1996). Asas Organisasi Sistem Komputer. Skudai, Johor Darul Takzim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. m/s. 96. ISBN 983-52-0057-2.