Kartunis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pelukis komik)

Kartunis atau pelukis kartun adalah orang yang melukis kartun. Karya kartunis lebih mempertengahkan jenaka terutama untuk tujuan hiburan. Banyak melukis kartun dari berbagai panel tunggal dan diterbitkan di media cetak daripada pelbagai jenis, contohnya, di majalah seperti majalah Gila-Gila, majalah Ujang, Apo?, Gempak dan Utopia.

Kartunis boleh bekerja dalam pelbagai format: kartun editorial, komik, buku komik, novel grafik atau animasi. Secara tradisinya kartunis menghasilkan lakaran kasar kepada gambar pensil yang telah siap dan kemudian menyelesaikan karya seni dengan mengunakan dakwat pen hitam atau menggunakan berus.

Hari ini, kartunis semakin banyak bekerja di media digital.

Istilah kartunis datang daripada perkataan Inggeris, cartoonist yang bermaksud pelukis kartun. Selain kartunis, istilah pelukis komik turut digunakan. Istilah 'pelukis komik' selalunya digunakan untuk mereka yang mengkaryakan komik.

Lerang komik[sunting | sunting sumber]

Lerang komik diterima secara meluas melalui surat khabar.

Beberapa pencipta komik menerbitkan di media alternatif atau di Internet. Seniman komik juga mungkin kadang-kadang bekerja dalam bentuk novel grafik.

Penerbit besar buku komik (seperti Gempak Starz) memanfaatkan pasukan kartunis untuk menghasilkan seni (biasanya memisahkan pelukis komik dan pewarna). Ketika gaya artistik yang konsisten dikehendaki di antara kartunis yang berbeza, model watak boleh digunakan sebagai rujukan.

Animasi[sunting | sunting sumber]

A hand holding a pen draws a portly cartoon figure on paper.
Pen celup secara tradisinya telah menjadi sebuat alat melukis popular bagi kartunis.

Kartun beranimasi dicipta untuk filem pendek, pengiklanan, filem cetera dan televisyen. Ia juga kadangkala digunakan dalam filem aksi langsung untuk babak mimpi atau tajuk pembukaan. Artis animasi kebiasaanya dirujuk sebagai juruanimasi daripada seorang kartunis.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.