Gempak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gempak
Muka hadapan Gempak edisi 254 yang menampilkan maskot Gempak Starz iaitu Starz sempena iklan pertama Gempak Starz di Animax
KategoriKomik
Isu pertamaJun 1998
Isu terakhirDis 2017 (#410 isu fizikal)
2018 - 30 November 2020 (atas talian)
SyarikatKumpulan Art Square (kini Kadokawa Gempak Starz)
NegaraMalaysia
Laman webGempakStarz.com
Gempak KGS (portal majalah atas talian)

Gempak merupakan sebuah majalah komik di Malaysia. Ia diperkenalkan pada bulan Jun 1998 dengan motonya Satu Isu, Satu Surprise. Ianya mula dikeluarkan pada Jun 1998 hingga November 2020. Kemudian, motonya bertukar kepada Majalah Komik Generasi Baru. Sehingga Mei 2001, Majalah Gempak yang merupakan majalah terbitan Kumpulan Art Square diterbitkan setiap bulan. Bermula dari isu 37 yang dikeluarkan pada 1 Jun 2001, majalah ini diterbitkan sebagai majalah dwibulanan sehingga 15 November 2011. Sasaran pembacanya ialah di antara 13 hingga 25 tahun. Kemunculan Gempak adalah untuk memberikan maklumat terkini mengenai komik, permainan video dan sehingga model aksi berasaskan komik, permainan video, animasi dan filem. Gempak merupakan majalah komik yang paling terkenal di Malaysia.[perlu rujukan]

Majalah ini juga pernah memaparkan buku kecil Starz di antara isu 71 hingga 107, sebelum dijadikan majalah pada Jun 2004. Majalah ini diberhentikan penerbitannya selepas lebih empat tahun diterbitkan, dan hampir semua kolum yang dimuatkan dalam majalah Starz juga dipindahkan ke Majalah Gempak.

Wajah baru majalah Gempak mula digunakan pada isu 288 yang diterbitkan pada 15 November 2011. Motonya juga telah bertukar kepada One Issue! One Surprise!, daripada Komik, Animasi, Game, Toys dan News.

Pada isu 407 untuk bulan September 2017, Gempak mengumumkan bahawa pada isu 410 untuk bulan Disember 2017 merupakan isu fizikal terakhir. Krew Gempak menyatakan mereka akan menyambung kembali keluaran majalah ini tetapi dalam bentuk digital bermula pada tahun 2018.[1]

Pada 11 November 2020, Gempak KGS - portal keluaran majalah atas talian selepas pengakhiran isu fizikal - mengumumkan penutupan portal itu pada 30 November 2020.[2] Selepas penutupan majalah ini, Gempak kemudiannya digantikan dengan komik Lawak Kampus yang telah sekian lama menguasai pasaran komik tempatan – salah satu sebabnya ialah kebodohan watak-watak seperti Vanness, Aditas, Froggy, Si Kosong, Yumi, Cikgu Noodle dan Bepop.

Kartunis[sunting | sunting sumber]

Komik[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Post-it - Selamat sejahtera kipas-susah-mati!". Gempak. September 2017. m/s. 1.
  2. ^ "MINTA PERHATIAN & HARAP MAKLUM!". Gempak. 2020-11-11. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-13. Dicapai pada 2020-11-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • GempakStarz.com Laman rasmi Gempak Starz
  • Gempak KGS, portal majalah atas talian untuk sambungan dari isu fizikal yang dihentikan

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.