Pembahagian sel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pembahagian sel (dalam bahasa Inggeris: cell division), adalah merupakan proses pembahagian daripada satu sel induk kepada dua atau lebih sel anak yang baru. [1] Dalam eukariot, terdapat dua jenis pembahagian sel: pembahagian vegetatif, apabila setiap satu sel anak adalah sama secara genetik dengan sel induknya (mitosis),[2] dan pembiakan sel pembiakan, apabila bilangan sel anak dikurangkan kepada separuh daripada asalnya, untuk menghasilkan gamet haploid (meiosis). Meiosis menghasilkan empat sel anak haploid dengan menjalani satu pusingan replikasi DNA diikuti oleh dua kali pembahagian: kromosom berhomolog terpisah untuk pembahagian pertama manakala kromatid kembar terpisah untuk pembahagian kedua. [3] Kedua-dua kitaran pembahagian sel digunakan untuk penghasilan semula organisma secara seksual pada satu ketika tertentu dalam kitaran hidup mereka, dan kedua-duanya dipercayai hadir dalam leluhur eukariot bersama yang terakhir. [4] Prokariot juga mengalami pembahagian sel vegetatif yang dikenali sebagai belahan dedua, apabila bahan genetik diasingkan sama rata kepada dua sel anak. Semua jenis pembahagian sel, tanpa mengira organisma, didahului dengan satu pusingan replikasi DNA.

Pembahagian sel merupakan asas biologi kehidupan. Untuk organisma satu sel seperti Ameba, pembahagian satu sel akan menghasilkan satu organisma lengkap yang baru. Dalam skala yang lebih besar, pembahagian sel membolehkan organisma pembiakan seks untuk berkembang daripada zigot satu sel, yang dihasilkan daripada pembahagian sel gamet. Selepas tumbesaran, pembahagian sel mebolehkan pembaharuan dan pembaikan sesuatu organisma.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Robert.S Hine, ed. (2008). Oxford Dictionary Biology (edisi 6th). New York: Oxford University Press. p. 113. ISBN 978-0-19-920462-5. 
  2. Griffiths, Anthony J.F.; Wessler, Susan R.; Carroll, Sean B.; Doebley, John (2012). Introduction to Genetic Analysis (edisi 10). New York: W.H. Freeman and Company. p. 35. ISBN 978-1-4292-2943-2. 
  3. Griffiths JF, Gelbart WM, Lewontin RC, Wessler SR, Suzuki DT, Miller JH (2005). Introduction to Genetic Analysis. New York: W.H. Freeman and Co. pp. 34–40, 473–476, 626–629. ISBN 0-7167-4939-4. 
  4. Ramesh MA, Malik SB, Logsdon JM (January 2005). "A phylogenomic inventory of meiotic genes; evidence for sex in Giardia and an early eukaryotic origin of meiosis". Curr. Biol. 15 (2): 185–91. doi:10.1016/j.cub.2005.01.003. PMID 15668177.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]