Pembaharuan Harlem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembaharuan Harlem (bahasa Inggeris: Harlem Renaissance) merupakan suatu fenomena pemesatan intelektual, sosial, dan kesenian yang berpusat di kejiranan Harlem, Manhattan, Bandar Raya New York sepanjang tahun 1920-an. Kejiranan ini banyak menarik perhatian orang kulit hitam yang duduk tersebar di kawasan-kawasan utara Amerika Syarikat setelah penghijrahan besar-besaran[1] dari kawasan selatan kerana kesusahan ekonomi dan penindasan dialami malah juga banyak penulis bahasa Perancis kelahiran jajahan-jajahan Caribbean dan Afrika yang menduduki Paris pada zaman itu.[2][3][4][5]

Pergerakan ini mengumpul dalam gagasan Negro Baru yang cuba menerapkan ketinggian intelek dan produksi sastera, seni, dan muzik untuk menentang sentimen perkauman dan tanggapan sempit berleluasa terhadap kaum ini sambil mempromosikan politik progresif atau sosialis, "menaikkan" bangsa kulit hitam sambil bersatupadu dengan bangsa kulit putih.

Fenomena ini dilihat sebagai pelonjak dan pemberi pengaruh utama kepada budaya Afrika Amerika[6] seterusnya memberi kesan kepada budaya umum Amerika Syarikat itu sendiri.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NAACP: A Century in the Fight for Freedom" Diarkibkan 1 Ogos 2013 di Wayback Machine, Library of Congress.
  2. ^ "Harlem in the Jazz Age", New York Times, 8 February 1987.
  3. ^ Cotter, Holland, "ART; A 1920s Flowering That Didn't Disappear", New York Times, 24 May 1998.
  4. ^ Danica Kirka, Jcu.edu Diarkibkan 10 Jun 2011 di Wayback Machine
  5. ^ Kirka, Danica (1 January 1995). "Los Angeles Times Interview : Dorothy West : A Voice of Harlem Renaissance Talks of Past--But Values the Now". Los Angeles Times.
  6. ^ "Project MUSE - Modernism, Mass Culture, and the Harlem Renaissance: The Case of Countee Cullen." Project MUSE - Modernism, Mass Culture, and the Harlem Renaissance: The Case of Countee Cullen. N.p., n.d. Web. 4 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]