Pembakaran deuterium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pembakaran deuterium ialah tindak balas lakuran yang berlaku di dalam bintang dan beberapa objek subnajam, di mana nukleus deuterium dan sebuah proton bercantum dan membentuk nukleus helium-3. Proses ini berlaku pada tahap kedua tindak balas berantai proton–proton, di mana nukleus deuterium yang terbentuk daripada dua nukleus proton melakur dengan sebuah lagi proton. Namun demikian, proses ini juga dapat bermula dengan deuterium julung ataupun deuterium primordial.