Pembantah ikut naluri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembantah ikut naluri (Inggeris: conscientious objector) merujuk kepada individu yang menyatakan diri tidak mahu menjadi kombatan dikerahkan dalam angkatan tentera. Antara punca mereka bertindak sebegitu antaranya disebabkan kepercayaan agama,[1] kepercayaan etika dan moral untuk tidak membunuh manusia atau pasifisme. Para pembantah ini lazim ditugaskan kerja-kerja sivil sebagai pengganti kepada pengerahan asal.

Menurut sejarah, terdapat banyak cara yang diambil bagi mengendalikan para penolak ini baik menahan atau mendendakan atau sejauh juga yang bertindak menghukum mati mereka. Namun, selepas Perang Dunia Kedua, kebanyakan negara Barat mencipta perkhidmatan bukan ketenteraan alternatif sebagai alternatif buat pengikut pasifisme.

Pada tahun 2013, Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah dan Kesatuan Eropah mengiktiraf hak pembantah ikut naluri sebagai salah satu asas hak asasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "International Covenant on Civil and Political Rights; of the United Nations High Commissioner for Human Rights". Dicapai pada 2008-05-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]