Etika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Etika
Teori

Meta-ethics
Normatif · Perihalan
Faham keakibatan
Deontologi
Etika murni
Etika jagaan
Baik dan buruk · Kemoralan

Gunaan

Bioetika · Perubatan
Kejuruteraan · Alam sekitar
Hak asasi manusia · Hak asasi haiwan
Undang-undang · Media massa
Perniagaan · Pemasaran
Agama · Perang

Isu teras

Keadilan · Nilai
Hak semula jadi · Tugas · Kemurnian
Kesamaan · Kebebasan · Kepercayaan
Keinginan bebas · Izin
Tanggungjawab moral

Pemikir utama

Aristotle · Confucius
Aquinas
Hume · Kant
Bentham · Mill
Kierkegaard · Nietzsche
Hare · Rawls  · Nozick

Senarai

Senarai topik etika
Senarai ahli etika

Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno ἠθική [φιλοσοφία] "falsafah moral") merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya.[1]

Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sahakian, William S. & Sahakian, Mabel Lewis. Ideas of the Great Philosophers. pg 31. Barnes and Noble Books (1993). ISBN 978-1-56619-271-2.